LAHAD DATU 16 Mac - Kedutaan Indonesia di
negara ini merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia kerana
bertindak pantas menyelamat warganya gugusan Felda Sahabat, di sini
daripada menjadi mangsa pengganas Sulu.
Konsulat Besar Indonesia di Sabah, Soepeno Sahid berkata, tindakan
efisien yang dilakukan oleh pihak keselamatan negara dan pengurusan
Felda membolehkan 10,045 pekerja warga republik itu di gugusan Felda
Sahabat, di sini selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Saya mewakili kerajaan Indonesia mengucapkan jutaan terima kasih
kepada kerajaan Malaysia kerana bertindak pantas memberi perlindungan
kepada warga Indonesia yang berkerja di gugusan Felda ini," katanya
dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sesi lawatannya bersama warga kedutaan Indonesia di Sabah ke penempatan Dewan Embara Budi.
Soepeno berkata, daripada jumlah keseluruhan warganegara Indonesia
yang berkerja di Felda Sahabat, sebanyak 193 orang telah ditempatkan di
penempatan Embara Budi. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment