♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Wednesday, December 23, 2015

Serah kepada Jawatankuasa Fatwa negeri buat keputusan

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyerahkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang untuk membuat keputusan berhubung pengharaman vape dan rokok elektronik di negeri ini.

Exco Agamanya, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, jawatankuasa itu akan menelitinya untuk perbincangan dalam mesyuarat.

"Perkara itu sudah diputuskan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan dan ia akan diteliti di peringkat negeri. Jika Jawatankuasa Fatwa negeri memikirkan ia perlu dibawa masuk untuk dibincangkan, maka mereka akan lakukan.

"Kita boleh memberi cadangan kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa negeri untuk membincangkan perkara ini tetapi itu saya rasa bukan keputusan kerajaan negeri. Kita serahkan kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa negeri untuk buat keputusan," katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa pengharaman vape atau rokok elektronik yang semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abduk Shukor Husin berkata, keputusan itu diambil berdasarkan kajian yang dijalankan dalam pelbagai sudut seperti syariah, perubatan dan saintifik.
Menurutya, kajian yang dijalankan juga mendapati penggunaan rokok elektronik atau vape memudaratkan tidak kira kesannya cepat atau lambat terhadap seseorang individu. SH

No comments: