♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Monday, December 02, 2013

Tragedi aktor tampan (bintang utama Fast & Furious, Paul Walker)

Tragedi aktor tampan  
Nahas kereta di Santa Clarita, Selatan California meragut nyawa bintang utama Fast & Furious, Paul Walker.
 
Bintang utama filem Fast & Furious, Paul Walker, 40, terbunuh dalam kemalangan kereta di Santa Clarita, Selatan California, kelmarin.

Kemalangan berlaku jam 3.30 petang ketika kereta Porsche Carrera GT yang dipandu sahabat Walker, gagal dikawal lalu melanggar sebatang pokok.

Walker yang duduk di kerusi penumpang, mati di tempat kejadian apabila kenderaan mewah itu terbakar dan meletup.

Menurut sumber, Walker berada di Santa Clarita untuk majlis amal pertunjukan kereta bagi menyokong mangsa bencana taufan Haiyan di Filipina.

Kematian Walker mengejutkan ramai peminat termasuk sahabat pelakon kacak itu di seluruh dunia. Menerusi laman sosial, kenalan dan peminat Walker tidak putus-putus meluahkan perasaan sedih atas kejadian itu.

Antara mereka yang berkongsi perasaan sedih termasuk pengarah Fast & Furious 7, James Wan dan sahabat baik Walker, Vin Diesel.

“Hati dan jiwa saya hancur sekarang. Saya akan lakukan apa saja untuk meneruskan kehidupan ini,” kata Wan yang masih belum menyiapkan filem sekuel terbaru itu.

Tak sempat habiskan filem

Diesel juga berkongsi rasa sedih dan betapa dia merindui Walker.

“Saya betul-betul rindukan kamu. Tiada perkataan yang mampu diucapkan, hanya berharap kamu berehatlah dengan aman,” katanya.

Pengarah, David Bui Castanien, berkata, sepanjang terbabit dalam dunia perfileman dan bekerja dengan ramai pelakon, tiada siapa pun dapat menandingi karisma Walker.

“Sesiapa yang berada dalam industri perfileman tahu, Walker bukan hanya bersandarkan wajah tampan. Dia berbakat, realistik dan cemerlang dalam Fast & Furious.

“Walker berkarisma dan keistimewaannya menyamai bakat Diesal. Sesiapa yang cemburu dengan Walker harus ingat, lelaki tampan ini sangat mendalami filemnya dan memberi hasil kerja bermutu,” katanya.

Dia selama ini berharap melihat Walker menjadi adiwira dalam filem komersial yang berbeza, namun kematiannya sangat menyedihkan.

Beberapa hari lalu, teaser atau sedutan pendek filem Fast and Furious 7 dipertontonkan yang antara lain menunjukkan babak Walker pada majlis pengebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta terbakar, sama dengan nasib menimpa pelakon itu.

Walker yang popular dengan watak Brian O’Conner belum sempat menghabiskan penggambaran sekual terbaru Fast & Furious 7 arahan Wan.

Dia sepatutnya meneruskan penggambaran di Atlanta dan Abu Dhabi, bulan depan. Filem itu dijangka ditayangkan di seluruh dunia pada 11 Julai 2014. 
 
Dia sepatutnya meneruskan penggambaran di Atlanta dan Abu Dhabi, bulan depan. Filem itu dijangka ditayangkan di seluruh dunia pada 11 Julai 2014. bh

No comments: