♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Sunday, August 26, 2012

Bagaikan Puteri

Awan......
kalau dapat ku capai
maka saktilah hamba

"apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan,
aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih,
seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung."

Haryani dan Laksamana Sunan ~ Saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu demensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani ~ terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani ~ Pertama kali melihat Haryani terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara dua zaman ~ Penghujung kurun ke-15 dan abad ke-21:

Waktu berputar menuju ke akhir zaman. Saifudin yang terkenal dengan jolokan Laksamana Sunan, berjuang membentras kejahatan. Takdir telah mempertemukannya dengan Haryani dari abad ke-21 menerusi satu demensi yang tersembunyi. Haryani terjebak dalam ruang lingkup masa yang sukar ditafsir oleh akal logik manusia ~ merentas kurun ke-15 ketika dalam keadaan koma.

          Sepanjang mengikuti jejak langkah Saifudin, Haryani dalam diam mencintai leleki perkasa lagi alim itu. Namun rasa hati itu tidak kesampaian apabila rohnya kembali kepada jasad yang berada di abad ke-21. Sejak Haryani sedar dari koma, wujudlah satu kerinduan yang sukar dirungkaikan. Pertemuan kali kedua adalah amat mustahil walau ia cuba diimpi-impikan.
          Dani dari keturunan Megat iaitu abang kepada Saifudin pula telah jatuh cinta pada Haryani. Tapi cintanya tidak berbalas. Haryani lebih merindui Saifudin yang sudah menjadi sejarah. Lantas Dani membawa diri ke Aceh. Lelaki berjiwa tabah ini sengaja menyingkirkan rasa kecewa dengan satu misi peribadi ~ mencari  keris Nanggroe milik Laksamana Sunan iaitu moyang kepada moyangnya. Namun Dani terjebak dalam badai tsunami yang telah meragut lebih 2000,000 nyawa pada 26 Disember 2004.

Dalam gulungan waktu sekembalinya ke Aceh, Saifudin telah berperang dengan Ratu Sulaman. Peperangan yang sengit itu telah menyebabkan Laksamana Sunan tewas di tangan Sang Ratu. Anak panah yang dijaampi sihir telah menebak Saifudin lalu lelaki itu rebah ~ Hilang kekuatan fizikal. Hanya rohaninya yang sabar yang masih bersisa di dalam jiwa. Itu sahaja yang dapat mengekalkan degupan jantungnya.

          Walaupun telah menewaskan Saifudin dengan melakukan serangan curi, Ratu Sulaman tidak pula berbangga atas kemenangan itu. Hati hawanya tiba-tiba dicuit rasa bersalah. Dalam kebengisan dan kekejaman Sang Ratu, penyembah syaitan itu masih mengharapkanLaksamana Sunan tidak menemui ajalnya. Mengapa?

          Ikuti kisah selanjutnya dalam "Cinta Sang Ratu"


          
~ Novel RAM ~

No comments: