♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Wednesday, December 23, 2015

Serah kepada Jawatankuasa Fatwa negeri buat keputusan

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyerahkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang untuk membuat keputusan berhubung pengharaman vape dan rokok elektronik di negeri ini.

Exco Agamanya, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, jawatankuasa itu akan menelitinya untuk perbincangan dalam mesyuarat.

"Perkara itu sudah diputuskan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan dan ia akan diteliti di peringkat negeri. Jika Jawatankuasa Fatwa negeri memikirkan ia perlu dibawa masuk untuk dibincangkan, maka mereka akan lakukan.

"Kita boleh memberi cadangan kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa negeri untuk membincangkan perkara ini tetapi itu saya rasa bukan keputusan kerajaan negeri. Kita serahkan kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa negeri untuk buat keputusan," katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa pengharaman vape atau rokok elektronik yang semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abduk Shukor Husin berkata, keputusan itu diambil berdasarkan kajian yang dijalankan dalam pelbagai sudut seperti syariah, perubatan dan saintifik.
Menurutya, kajian yang dijalankan juga mendapati penggunaan rokok elektronik atau vape memudaratkan tidak kira kesannya cepat atau lambat terhadap seseorang individu. SH

Monday, December 02, 2013

Tragedi aktor tampan (bintang utama Fast & Furious, Paul Walker)

Tragedi aktor tampan  
Nahas kereta di Santa Clarita, Selatan California meragut nyawa bintang utama Fast & Furious, Paul Walker.
 
Bintang utama filem Fast & Furious, Paul Walker, 40, terbunuh dalam kemalangan kereta di Santa Clarita, Selatan California, kelmarin.

Kemalangan berlaku jam 3.30 petang ketika kereta Porsche Carrera GT yang dipandu sahabat Walker, gagal dikawal lalu melanggar sebatang pokok.

Walker yang duduk di kerusi penumpang, mati di tempat kejadian apabila kenderaan mewah itu terbakar dan meletup.

Menurut sumber, Walker berada di Santa Clarita untuk majlis amal pertunjukan kereta bagi menyokong mangsa bencana taufan Haiyan di Filipina.

Kematian Walker mengejutkan ramai peminat termasuk sahabat pelakon kacak itu di seluruh dunia. Menerusi laman sosial, kenalan dan peminat Walker tidak putus-putus meluahkan perasaan sedih atas kejadian itu.

Antara mereka yang berkongsi perasaan sedih termasuk pengarah Fast & Furious 7, James Wan dan sahabat baik Walker, Vin Diesel.

“Hati dan jiwa saya hancur sekarang. Saya akan lakukan apa saja untuk meneruskan kehidupan ini,” kata Wan yang masih belum menyiapkan filem sekuel terbaru itu.

Tak sempat habiskan filem

Diesel juga berkongsi rasa sedih dan betapa dia merindui Walker.

“Saya betul-betul rindukan kamu. Tiada perkataan yang mampu diucapkan, hanya berharap kamu berehatlah dengan aman,” katanya.

Pengarah, David Bui Castanien, berkata, sepanjang terbabit dalam dunia perfileman dan bekerja dengan ramai pelakon, tiada siapa pun dapat menandingi karisma Walker.

“Sesiapa yang berada dalam industri perfileman tahu, Walker bukan hanya bersandarkan wajah tampan. Dia berbakat, realistik dan cemerlang dalam Fast & Furious.

“Walker berkarisma dan keistimewaannya menyamai bakat Diesal. Sesiapa yang cemburu dengan Walker harus ingat, lelaki tampan ini sangat mendalami filemnya dan memberi hasil kerja bermutu,” katanya.

Dia selama ini berharap melihat Walker menjadi adiwira dalam filem komersial yang berbeza, namun kematiannya sangat menyedihkan.

Beberapa hari lalu, teaser atau sedutan pendek filem Fast and Furious 7 dipertontonkan yang antara lain menunjukkan babak Walker pada majlis pengebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta terbakar, sama dengan nasib menimpa pelakon itu.

Walker yang popular dengan watak Brian O’Conner belum sempat menghabiskan penggambaran sekual terbaru Fast & Furious 7 arahan Wan.

Dia sepatutnya meneruskan penggambaran di Atlanta dan Abu Dhabi, bulan depan. Filem itu dijangka ditayangkan di seluruh dunia pada 11 Julai 2014. 
 
Dia sepatutnya meneruskan penggambaran di Atlanta dan Abu Dhabi, bulan depan. Filem itu dijangka ditayangkan di seluruh dunia pada 11 Julai 2014. bh

Tuesday, May 28, 2013

30 ditahan bogel, puja syaitan di Arab Saudi

Riyadh: Polis agama Arab Saudi, menahan 30 orang termasuk warga asing dan tempatan selepas mereka ditangkap kerana mengadakan satu majlis bersuka-ria, bercampur lelaki dan perempuan, menghisap dadah, berbogel, minum arak dan mengadakan upacara memuja syaitan lapor sebuah akhbar, semalam.

Anggota Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar, menyerbu sebuah perkhemahan waktu malam di luar ibu kota ini yang diterangi obor berinspirasikan filem dan menahan 30 orang dari 11 negara dengan sebahagian mereka sedang berbogel.

Seks bebas

Akhbar Sabq yang memetik kenyataan seorang anggota suruhanjaya itu melaporkan tiga lelaki ditangkap sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di dalam sebuah khemah.

Sementara itu yang lain ditahan sedang mengambil dadah, termasuk seorang daripadanya warga Amerika Syarikat.

“Mereka menghisap dadah dan minum arak, sebahagian yang lain sedang menari dengan cara aneh ketika diserbu.

“Kebanyakan mereka menari di sekeliling api sebagai sebahagian upacara syaitan mereka. Malangnya, ada diantara mereka warga Arab Saudi sendiri,” katanya.

Menurut laporan akhbar terbabit, mereka yang ditahan berasal dari Amerika Syarikat, Eropah, Arab Saudi dan negara Arab lain.

Sementara itu dalam satu kejadian di Kuwait, anggota penguatkuasa menyerbu satu acara bersuka ria di pantai dan menahan 76 orang selepas didapati terbabit dengan ‘kegiatan haram,’ lapor media tempatan tanpa mengulas lanjut.

Seramai 49 lelaki dan 27 wanita ditahan selepas penghuni pusat peranginan berhampiran mengadu mengenai sekumpulan belia yang mengadakan majlis tarian secara terbuka, meminum arak dan berkelakuan tidak sopan. - Agensi

Thursday, May 23, 2013

Lampias nafsu dalam kereta

23 Mei 2013 
 
Memadu kasih dalam kereta
Anggota polis memeriksa kenderaan pasangan yang ditahan.
 
KULIM - Tindakan pasangan kekasih cuba melampiaskan nafsu di dalam kereta yang diletakkan berhampiran semak di Taman Tasek Kulim gagal apabila mereka dicekup oleh anggota polis yang melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan kira-kira jam 3 pagi semalam.

Ketika pemeriksaan dilakukan, pasangan kekasih berkenaan sedang berbaring di dalam kereta sebelum bergegas bangun sambil membetulkan pakaian masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, curiga dengan keadaan kereta berkenaan, sepasukan anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) diketuai Timbalan Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, dari semakan yang dibuat, pasangan kekasih itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah dan diarahkan beredar dari kawasan semak berkenaan.

"Tindakan pasangan kekasih berkenaan yang dipercayai cuba untuk melampiaskan nafsu di kawasan semak berkenaan amat dikesali.

"Walaupun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau namun tindakan sebegini mampu mengundang pelbagai kegiatan jenayah yang lain," katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, pihaknya turut menasihatkan pasangan kekasih supaya tidak berpelesiran di sekitar kawasan Taman Tasek Kulim dan tempat terselindung terutama pada waktu lewat malam.

Katanya, pihaknya bimbang sekiranya kegiatan ini akan menyebabkan berlakunya kes lain seperti disamun oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

“Polis akan menahan sesiapa sahaja untuk pemeriksaan sekiranya berada dalam keadaan mencurigakan. Ini adalah untuk memastikan mereka berada dalam keadaan selamat dan tidak diancam oleh mana-mana pihak.

"Tindakan duduk di dalam kereta berdua-duaan di tempat terselindung boleh mendatangkan pelbagai masalah. Mereka boleh disamun dan kemungkinan terlibat dalam jenayah rogol. Saya menyarankan supaya mereka pergi ke kawasan yang cerah dan mempunyai orang supaya senang meminta pertolongan sekiranya berlaku kecemasan,” katanya. sh