♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Wednesday, October 03, 2012

5 Langkah Buka Nafsu Wanita


Hubungan kelamin yang sihat lazimnya berakhir dengan kepuasan pada kedua belah pihak. Bagaimanapun, untuk mendapat kenikmatan tersebut, para suami perlu bijak mengawal situasi.

Aspek yang paling penting ialah bagaimana cara yang paling ideal untuk membuka pintu-pintu nafsu isteri. Hal inilah yang harus diberi perhatian oleh suami kerana merekalah nakhoda yang menentukan ke mana hala tuju bahtera. Dalam seni hubungan seks tradisional, terdapat beberapa pintu nafsu para isteri yang suami perlu ambil tahu. Antaranya ialah :

Pintu Komunikasi

Mulakan langkah pertama dengan cumbuan dan kata-kata pujian. Selepas itu susuli dengan belaian serta pujukan manja bagi menarik perhatian pasangan. Pastikan kalian berada dalam posisi mengiring yang menghadap antara satu sama lain.

Tataplah mata isteri dan luahkan perasaan tersebut menerusi pandangan mata anda kepadanya. Biar mata yang mengucapkan segala-galanya kerana dia pasti merasai getaran rindu yang bermain di hati anda.

Pintu Kucupan

Kali ini, biarkan kepalanya berada dalam pelukan anda dan hadiahkan ciuman hangat di dahinya. Malah, Islam turut menggalakkan para suami mencium ubun-ubun isteri serta di bahagian tengah payu daranya. Ciuman seperti ini juga boleh dilakukan di bahagian kelopak mata, telinga, leher dan lain-lain lagi semata-mata bertujuan untuk membangkitkan rasa ghairahnya.


Pintu Kenikmatan

Bersedia untuk ‘beraksi’ tetapi lakukanlah dalam keadaan yang tenang dan perlahan. Elakkan dari bersikap kasar dan gelojoh kerana ia hanya memberi kesan kepada satu pihak sahaja.

Pintu Kesukaran

Hubungan kelamin perlu dilakukan dalam posisi yang digemari oleh anda dan pasangan. Di sinilah komunikasi memainkan peranan yang penting, begitu juga rasa saling hormat menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain. Mempraktikkan posisi yang tidak selesa membuatkan hubungan seks bertukar hambar dan menyakitkan. Dari situlah berlakunya perselisihan faham dan sikap saling menyalahkan kerana nikmat yang diinginkan gagal diperoleh.

Pintu ‘Melepaskan’

Ejakulasi yang berlaku secara serentak antara suami dengan isteri memang sukar untuk dilakukan tetapi ia bukanlah satu perkara yang mustahil apabila keduanya benar-benar mendalami ilmu seksualiti. Sekiranya suami mengalami ejakulasi terlebih dahulu, pastikan isteri tidak ditinggal sendirian. Jika tidak, isteri pasti merasa resah dan kecewa dengan apa yang berlaku. Fikirkan dengan cepat bagaimana cara yang mudah untuk membuatkan isteri berkongsi rasa dengan anda. Mungkin dengan rangsangan di bahagian-bahagian yang digemari agar prosesnya menjadi mudah dan berkesan. ~mw~

No comments: