Mohd Ali menyampaikan replika cek bernilai RM10,000 sumbangan kerajaan negeri kepada Jeriah, malam kelmarin.
Jeriah Hamit, 65, berkata, dia tidak dapat hadir pengebumian anaknya 3 Mac lalu, bukan kerana tidak ingin melihat jenazah anaknya, sebaliknya tidak mahu menyusahkan sesiapa disebabkan kerap pengsan selepas mendapat khabar tragedi menimpa anaknya.
“Hanya anak bongsu dan seorang cucu yang pergi ke Sabah hadiri pengebumian. Makcik terkilan juga tak dapat lihat jenazah. Insya-ALLAH selepas keadaan di sana pulih, makcik akan ziarah kubur dan melawat cucu-cucu serta menantu," katanya.
Menurut Jeriah, pemergian Baharin juga dianggap hilang tempat bergantung kerana anak kedua daripada empat beradik yang dihantar bertugas di Sabah sebaik sahaja tamat latihan hampir 30 tahun dahulu, menanggung perbelanjaannya setiap bulan.
“Dia menanggung makcik setiap bulan. Dia kirimduit. Apa-apa semua dia tolong. Jadi, sekarang ni seperti kata orang dahan nak berpaut dah patah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat untuk wira Lahad Datu, di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK), malam kelmarin.
Pada majlis itu, Jeriah menerima sumbangan RM10,000 daripada Kerajaan Negeri disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Jeriah berkata, sehingga kini, dia sukar melupakan anaknya itu yang kali terakhir ditemuinya, kira-kira tiga bulan lalu.
“Makcik memang tak boleh lupa sebab makcik tak nampak dia sakit. Makcik nampak dia sihat masa dia balik bercuti dua minggu di Cheras, Disember tahun lalu.
“Sabun rumah yang dia beli, belum habis makcik pakai. Mana tak hancur hati makcik. Tapi tak mengapalah, dia selamatkan negara. Dia berkorban dan mak cik cuma doakan saja,” katanya. shpenc
No comments:
Post a Comment