PUTRAJAYA 15 Mac - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang menyiasat
dakwaan terdapat dalam kalangan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah
memiliki dokumen pengenalan diri negara ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata,
pihaknya sedang menunggu hasil siasatan menyeluruh berhubung dakwaan
tersebut.
"Tindakan undang-undang akan diambil berdasarkan keadaan tersebut
nanti," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang JPN di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd. Said.
Seramai 337 kakitangan JPN menerima anugerah perkhidmatan cemerlang
pada majlis tersebut yang diadakan serentak dengan majlis pelancaran
Tabung Wira Negara JPN.
Sementara itu, Abu Seman meminta kakitangan JPN sentiasa mengambil
langkah berhati-hati apabila menjalankan tugas mengeluarkan dokumen
kepada masyarakat. um
No comments:
Post a Comment