Pengasas rangkaian sosial itu menyaksikan 4.9 bilion (RM25 bilion) harta milik peribadinya lenyap sepanjang tempoh 12 bulan lalu.
Majalah Forbes yang mengumpulkan aset bilionair paling kaya Amerika Syarikat berkata, Zuckerberg berdepan dengan jalan yang rumit sejak saham Facebook diditawar kepada orang ramai Mei lalu.
Harga saham itu jatuh kepada hampir separuh kepada hanya 12 (RM60) sesaham.
Dalam analisisnya, Forbes berkata, Facebook mencatatkan pencapaian yang teruk dan ia melaporkan kerugian bersih sebanyak 96 juta (RM480 juta) pada Julai, hingga mendorong kejatuhan harga sahamnya kepada tahap lebih rendah.
Bagaimanapun, ia berkata, kekayaan peribadi Zuckerberg masih ‘menakjubkan’ dan dia kekal komited kepada syarikat.
“Kemerosotan itu tidak akan banyak mengubah gaya hidup CEO itu.
“Apa yang kurang jelas ialah sama ada eksekutif muda itu boleh mengemudi dan menjadikan Facebook sebuah syarikat awam yang berjaya,” kata Forbes. - DM
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/21
No comments:
Post a Comment