
Bantahan
secara aman di hadapan Kedutaan AS mengecam tindakan menghasilkan filem
yang menghina Nabi Muhammad SAW selepas sembahyang Jumaat. – Foto
Bernama
KUALA LUMPUR – Benua Eropah dan Asia
khususnya negara-negara Arab mengambil langkah berjaga-jaga untuk
menghadapi protes baru hari ini dijangka lebih besar berbanding hujung
minggu lalu bagi memprotes filem dan karikatur menghina Nabi Muhammad
SAW.
Himpunan aman juga akan diadakan hari ini di ibu negara oleh parti-parti politik dan badan bukan kerajaan.
Semalam, kedua-dua pemimpin tertinggi
Umno dan Pas – Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun
Razak dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Ni Mat, menyeru ahli
dan penyokong turun padang menyertai himpunan aman yang akan diadakan
selepas solat Jumaat.
Kedua-dua Najib dan Nik Aziz membuat seruan secara terbuka, yang lazimnya akan diterima oleh penyokong masing-masing.
Pemuda Pas menganjurkan himpunan aman di
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini manakala Pemuda Umno pula di
pekarangan Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Umumnya, demonstrasi hari ini, hari
Jumaat, dilihat akan diadakan dalam skala besar susulan kemunculan
karikatur dalam majalah Perancis, Charlie Hebdo sementara kemarahan
berkaitan filem Innocense of Muslims belum reda.
Protes bermula pada 11 September lalu di Libya, di mana ia membawa kepada empat kematian termasuk Duta AS ke negara itu.
Awal minggu ini, kumpulan Hezbollah menggesa agar protes “segar” diadakan.
Dalam protes semalam di Islamabad, Teheran dan Kabul, 50 orang cedera.
Polis Perancis diletakkan dalam keadaan
berjaga-jaga manakala kawalan keselamatan di kebanyakan premis misi
diplomatik Perancis di luar negara dipertingkatkan.
Begitu juga di kedutaan AS di kebanyakan negara Islam.
Pihak berkuasa Perancis tidak memberi kebenaran untuk mengadakan demonstrasi di Masjid Besar di Paris.
Dalam pada itu, mahkamah Los Angeles pula
telah menolak tuntutan seorang aktres Innocence of Muslims agar treler
filem itu dikeluarkan dari YouTube.
Cindy Lee Garcia menyaman kedua-dua penerbit filem dan Google.
sumber di sini
No comments:
Post a Comment