♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Friday, September 21, 2012

Permohonan maaf dipertikai

Najib pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. 
 Najib pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.
Keikhlasan Pengerusi DAP Perak diragui: Najib

Kuala Lumpur: UMNO mempertikai permohonan maaf Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung twitternya yang mendakwa umat Islam hanya membuang masa dan tenaga membantah filem Innocence of Muslim yang menghina Rasulullah SAW.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata: “Kita tak boleh cakap sesuatu dan selepas didapati percakapan itu menimbulkan kesan yang amat sangat, kita minta maaf.”


“Jadi kalau macam tu senanglah kita... boleh buat macam tu. kita boleh lempar kata yang menghina atau memburukkan agama lain, lepas tu kita minta maaf.

“Jadi kalau macam ini perbuatannya.. ia soal sama ada kita benar-benar ikhlas atau pun tidak,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini semalam.

Ulas isu Koo Ham

Perdana Menteri mengulas permohonan maaf Koo Ham yang sebelum ini dalam tweetnya mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem berkenaan.

Tweetnya berbunyi: “Khairy (Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile (pembikin filem itu). Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya? Adakah Muslim membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini?

Najib berkata, UMNO mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan dan penyiaran filem Innocence of Muslims dan kartun mempersendakan Nabi Muhammad SAW dalam sebuah majalah Perancis, Charlie Hebdo yang membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Beliau berkata, perbuatan itu tidak boleh diterima walaupun atas nama kebebasan bersuara yang menjadi pegangan kuat masyarakat Barat, kerana ia mencemar kesucian Islam serta kemuliaan Nabi Muhammad SAW.

Perdana Menteri berkata walau bagaimanapun dalam umat Islam mempertahankan kesucian agama Islam, pendekatan yang berhemah mesti digunakan dalam melahirkan perasaan tidak puas hati dan bantahan terhadap filem dan kartun itu.

Mengulas isu sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, permohonan maaf Koo Ham tidak tidak memberi sebarang kesan.

Guris hati umat Islam

“Walaupun sudah meminta maaf damage has been done. Dia sudah mengguris hati umat Islam,” katanya kepada wartawan Malaysia di Nanning, China.

Beliau berkata, DAP sepatutnya tidak memandang ringan jika ada pihak yang menghina Islam kerana mereka mendakwa parti itu untuk semua kaum.

“Sepatutnya bila ada pihak menghina Islam, patutnya DAP kalau nak berjuang untuk Islam dan Malaysia, dia harus memahami bahawa ini tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Di IPOH, Koo Ham memohon maaf kepada umat Islam dan menarik balik kenyataan mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.

“Saya menarik balik (kenyataan) dan meminta maaf kepada mana-mana Muslim yang tersinggung oleh tweet saya walaupun ianya tidak berniat demikian (mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem berkenaan),” katanya dalam satu kenyataan media semalam.~bh~

No comments: