![]() |
| sekadar hiasan |
Hubungan seks perlu berlangsung dalam keadaan yang
rela, suka sama suka. Barulah kenikmatan dapat di kecapi. Tetapi,
kebanyakan pasangan suami isteri masa kini melakukan seks tidak sepenuh
hati. Mungkin kerana penat dengan kerja atau terlalu mengejar masa.
Usah
begitu kerana ia benar-benar boleh mengganggu keharmonian perkahwinan
yang dibina. Kehidupan seks perlu dirasai sepuasnya. Persoalannya
sekarang, puaskah anda? Adakah perjalanan seks anda dilalui dengan cara
yang sihat? Jawapannya tepuk dada tanya selera.
Tetapi,
jangan sekali-sekali melakukan perbandingan kehidupan seks anda dengan
rakan-rakan. Semestinya ia satu tindakan yang salah dan memalukan.
Hakikatnya, hubungan kelamin setiap pasangan itu cukup unik untuk
diteroka malah masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk
melakukannya.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh diguna pakai bagi memastikan kehidupan seks yang anda jalani sihat ataupun sebaliknya :
Jalinan hubungan yang sihat
Ikatan
perkahwinan yang sihat berlaku apabila suami dan isteri sentiasa
bercerita mengenai apa yang berlangsung dalam rumah tangga mereka. Tak
kiralah apa juga topik, semuanya diceritakan secara telus
termasuklah
perihal seks.
Sekiranya salah seorang tidak
berpuas hati dengannya, maka ia akan terus disuarakan lalu jalan
penyelesaian akan dicari dengan cepat. Kedua-duanya berfikiran lebih
realistik sekali gus memahami kemampuan masing-masing di samping tidak
terlalu menyalahkan pasangan.
Rajin bereksperimen
Pasangan
yang suka bereksperimen ketika melakukan hubungan intim menunjukkan
bahawa mereka cukup selesa dengan kehidupan seks yang dilalui. Maksud
eksperimen yang dicadangkan adalah teknik yang dibenarkan oleh Islam,
bukanlah perlakuan melampau dan bertentangan.
Mungkin, sesekali anda bertindak menukar posisi atau mencuba beberapa
gaya baru. Mungkin juga mengubah lokasi dari katil ke sofa atau mengubah
suasana bilik. Semua itu adalah eksperimen yang kreatif dan boleh
mewujudkan satu situasi yang lain dari biasa.
Seks perlu ikhlas, bukan terpaksa
Ada
ketikanya, pasti terdetik betapa seronoknya waktu bergelar raja sehari.
Berada di awal fasa perkahwinan, segala yang dilalui indah-indah
belaka. Pasangan cukup romantik malah terlalu mengambil berat terhadap
apa yang berlaku.
Oleh kerana itu, tidak
hairanlah sekiranya hubungan seks yang berlangsung pun terasa indah dan
bertenaga. Tetapi, menjelang perkahwinan berada di pertengahan, mengapa
berlaku banyak perubahan.
Seks yang sepatutnya
dinikmati dan dihayati penuh perasaan, akhirnya menjadi satu kewajipan
semata-mata. Tanpa perasaan’ia dilakukan malah tidak keterlaluan ada
segelintir yang melakukan kerana terpaksa. Usah begitu.
Cuba
ikhlaskan hati untuk terima pasangan seadanya. Perubahan masa tidak
seharusnya mengubah sayang anda kepadanya. Bajailah cinta dan kasih
sayang agar ia terus mekar hingga ke hujung usia.
Tinggalkan memori yang indah
Tahukah
anda bahawa seks lebih daripada hubungan kelamin. Ia perlu dibajai
dengan gurau senda serta sentuhan mesra yang mampu membangkitkan ghairah
kepada pasangan. Pastikan anda menjadi suami ataupun isteri yang
kreatif untuk kejutan yang lebih bermakna.
Mungkin,
anda boleh selitkan beberapa keping nota-nota cinta atau menyelitkan
hadiah berupa bunga, coklat atau apa sahaja selepas berasmara. Sudah
pasti ia menjadi satu momen yang indah untuk diingati sampai bila-bila.
Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa anda masih kekal dengan sikap romantik meskipun hubungan seks telah berlalu. mw

No comments:
Post a Comment