Gambar yang dimuatkan Diana bersama pesanannya di Twitter, semalam.
Berita kehamilan anak sulungnya pula hadir hanya beberapa hari menjelang sambutan ulang tahun ke-21 aktres jelita itu, 22 November ini.
Begitupun, cubaan HIP menghubungi Diana mahupun Farid, semalam, untuk mendapatkan kenyataan mereka berhubung berita kehamilan itu tidak berhasil.
Pasangan ini berkahwin pada 3 November lalu di Hotel Flamingo, Ampang.
Selepas majlis pernikahan di Ampang itu, pasangan ini difahamkan akan diraikan pula oleh keluarga sebelah lelaki dalam sebuah majlis lebih meriah pada 3 Disember ini, di lokasi tidak jauh dari Kuala Lumpur.
Bukan sekadar dihadiri golongan VVIP, majlis terbabit juga dikatakan bakal membabitkan perarakan berkuda, iaitu haiwan yang menjadi kegemaran pasangan popular ini.
Kami di BH mengucapkan tahniah buat Diana dan Farid atas berita gembira yang diterima ini. bh
No comments:
Post a Comment