♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Tuesday, November 20, 2012

Clooney bukan gay

DIA berpacaran dengan beberapa wanita paling cantik di dunia.

Tetapi khabar angin mengenai seksualitinya terus menghantui George Clooney.


Kini, kakaknya, Adelia Zeidler menceritakan perkara sebenar dalam wawancara pertamanya dengan menegaskan, adiknya bukan gay.

Ketika ditanya pendapatnya mengenai dakwaan bahawa Clooney ialah gay, wanita berusia 52 tahun itu ketawa dan berkata: “Ia mengarut. Kami langsung tidak akan mendengarnya apabila ada orang berkata mengenai perkara itu.

“Saya berpendapat dia sudah memutuskan bahawa dalam kehidupannya, dia boleh mempunyai karier atau keluarga. Apabila dia mengambil keputusan untuk berlakon sepenuh masa, di situlah dia akan memberi tumpuan.”

Malah Adelia mendedahkan, Clooney mendapati begitu mudah untuk berkawan dengan gadis jelita sejak zaman sekolah menengahnya.

“Dia mempunyai beberapa teman wanita ketika bersekolah. Tidak pernah lebih daripada satu pada satu-satu masa. Dia bukan jenis yang suka mempunyai ramai teman wanita. Dia akan berkawan dengan seseorang untuk beberapa bulan dan kemudian keluar dengan yang lain selama beberapa bulan.


“Rambutnya lebih panjang ketika bersekolah, lebih blonde. Ia tidak gelap sehingga dia berusia kira-kira 16 tahun. Dan dia selalu berjenaka untuk membuat gadis ketawa. Saya percaya dia bersikap jujur dengan gadis yang dibawanya keluar.

“Saya tidak ingat ada gadis yang kecewa dan merasakan mereka ditinggalkan secara mengejut. Saya yakin kebanyakan hubungan itu berakhir begitu saja.
Saya tidak pernah teringat menerima panggilan telefon yang marah-marah atau seumpamanya.”

Meskipun dia menegaskan adiknya bukan gay, Adelia berpendapat, Clooney tidak mungkin berkahwin dengan kekasihnya ketika ini, Stacy Keibler.

Bercakap dari kediamannya di Augusta, Kentucky, tempat dia dan Clooney membesar, Adelia berkata:
“Saya tidak yakin mereka akan berkahwin. Jika saya perlu meneka, saya akan berkata tidak. Saya tahu setiap orang akan berkata, ‘Warren Beaty pernah berkata dia tidak akan berkahwin tetapi berkahwin juga selepas bertemu dengan Annette Bening.’ Itu saja contoh yang orang ramai boleh ingat. Tapi itu tidak cukup kuat,” kata Adelia.

Clooney pernah berkahwin dengan aktres, Talia Balsam tetapi mereka bercerai pada 1993.

Sejak itu dia menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita hebat, termasuk model Britain, Lisa Snowdon, jelitawan Itali, Elisabetta Canalis dan kini Stacy, aktres berambut perang yang menawan dan bekas ahli gusti.

Menjelaskan keyakinannya itu, Adelia yang juga dikenali sebagai Ada berkata:
“Jika dia berkahwin, dia akan menjadi suami sepenuh masa dan memberi tumpuan kepada keluarga, khususnya isteri dan rumah tangga.

Bagaimanapun, Ada berpendapat, kerana alasan tertentu, Clooney, 51, tidak akan memperoleh anak.

“Jika dia mempunyai anak, apabila bersama mereka, dia akan bimbangkan kariernya. Jika bekerja, dia akan memikirkan anaknya pula. Dan dia berpendapat, adalah tidak adil untuk membahagi-bahagikan tumpuannya.”

Menceritakan mengenai perkahwinan pertama Clooney, Ada mengaku adiknya itu tidak memberitahunya bahawa dia akan berkahwin.

“Dia hanya memberitahunya selepas dia berkahwin. Saya tahu mereka merancang perkahwinan itu tetapi saya yakin, keputusan itu dibuat tergesa-gesa,” kata Ada.

Ditanya mengenai pendapat ibu bapa mereka, Nick dan Nina mengenai kemungkinan Clooney akan berumah tangga sekali lagi, dia menjawab: “Ibu bapa saya berpendapat ia adalah hal peribadinya.

“Kami tidak pernah bimbang atau memikirkan perkara itu. Jika kami perlu meneka, kami akan kata tidak.”

Meskipun Clooney dan Ada dilahirkan hanya selang setahun dan empat hari, adalah sukar untuk meneka bahawa mereka adalah kakak dan adik sekarang kerana penampilan mereka.

Ibu sepenuh masa itu tidak menghiraukan penampilannya kerana sibuk dengan tugas seperti mengemas rumah, memasak, menghantar dan membawa pulang anak dari sekolah dengan kereta Volvo 80-annya.

Ibu dua anak itu berkata, dia terkejut apabila adiknya dinobatkan oleh majalah People sebagai Lelaki Paling Seksi Di Dunia.

“Agak ganjil untuk melihat adik saya digelar Lelaki Paling Seksi Di Dunia.

Sukar bagi saya untuk menerimanya. Mungkin kerana saya adalah kakaknya.”  mym

No comments: