Paris: Berpuluh ribu penduduk menyertai pemimpin gereja Katolik
berarak di beberapa bandaraya Perancis semalam bagi membantah rancangan
kerajaan membenarkan perkahwinan sama jantina.
Penunjuk perasaan membawa kain rentang dengan slogan antara lain berbunyi Jangan sentuh perkahwinan sivil, semua dilahirkan daripada penyatuan lelaki dan wanita dan satu bapa + satu ibu untuk semua anak berarak di Paris, Lyon, Marseille dan beberapa bandar utama lain.

Penganjur berkata, 200,000 penduduk berarak di ibu negara Perancis berbanding kenyataan polis yang menganggarkan 70,000.
Dewan Perhimpunan Kebangsaan Perancis bakal memulakan debat terhadap rang undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis pada Januari depan dengan undian dijangkakan pada pertengahan 2013.
Ia akan membolehkan pasangan gay untuk mendapat hak mengambil anak angkat tetapi melarang bantuan melahirkan anak.
Kajian pendapat baru-baru ini menunjukkan majoriti penduduk Perancis menyokong perkahwinan gay, walaupun tidak menerima hak pasangan homoseksual untuk mendapat hak jagaan anak.
Wakil tertinggi Katolik Perancis, Paris, Kardinal Andre Vingt-Trois awal bulan ini mengkritik kerajaan kerana rancangan terbabit yang dibuat ketika negara berhadapan dengan kebimbangan masalah ekonomi.
Pope Benedict memberitahu paderi kanan Perancis yang melawat Vatican supaya tidak takut dengan ajaran Kristian yang semakin meluas.
Reuters
No comments:
Post a Comment