KOTA BHARU 19 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
menyokong hasrat Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda Pas bersama-sama
mengadakan protes membantah filem anti-Islam, Innocence of Muslims.
Pada masa sama, beliau berharap bantahan itu turut disusuli tindakan
yang boleh memberi pengajaran kepada pihak yang melakukan penghinaan
tersebut.
"Orang Islam khususnya dan orang Melayu umumnya perlu berbuat sesuatu
supaya pihak yang melakukan penghinaan ini sedar, jika tidak perkara
ini akan membawa kepada perkara lain dan akhir sekali pembunuhan seperti
terjadi di Tunisia.
"Biar pihak itu sedar perbuatannya mendapat tentangan dan jangan kita
berdoa atau sembahyang hajat sahaja, itu tidak betul. Protes itu betul,
tetapi cara lain terserah kepada keadaan," katanya ketika ditemui di
pejabatnya di sini hari ini. ~ um ~
No comments:
Post a Comment