IPOH 19 Sept. - Pemindahan rahim daripada seorang wanita kepada
wanita lain dibolehkan kerana ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ia boleh dilakukan
dengan syarat rahim tersebut daripada wanita yang sudah meninggal dunia
manakala penerimanya pula merupakan wanita mandul.
"Pemindahan rahim itu juga perlu bertujuan mendapatkan zuriat sesuai
dengan perintah Allah di dalam al-Quran," katanya dalam sesi soal jawab
pada Forum Pendermaan Organ di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HPRB),
di sini hari ini.
Turut hadir pada forum anjuran Unit Pendermaan Organ hospital
berkenaan ialah Ketua Pengurus Perolehan Transplan Kebangsaan, Dr.
Fadzilah Zowiyah Lela Yasmin Mansor dan Pengurus Klinikal Transplan
Kebangsaan, Dr. Mohamed Anis Abd. Wahab. ~ um ~
No comments:
Post a Comment