♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Sunday, March 17, 2013

Seorang lagi pengganas kena tahan

Lahad Datu: Seorang pengganas Sulu ditahan di FELDA Sahabat dekat sini jam 6.30 pagi semalam, tetapi tiada senjata api ditemui bersamanya.

Tanpa menjelaskan lokasi penahanannya, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata dia ditahan ketika operasi menjejak dan menggeledah.
“Saya tidak mahu sebut di mana dia ditahan tetapi cukup saya nyatakan di kawasan FELDA,” katanya pada sidang media bersama Panglima 1 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar di FELDA Sahabat 16 dekat sini, semalam.


Penahanannya dibuat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), menjadikan bilangan tangkapan sehingga kini 104 orang.

Polis turut menahan 232 orang atas kesalahan memasuki zon perang sejak Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu.

Sementara itu, Hamza berkata pasukan keselamatan percaya ada kurang 50 pengganas di Lahad Datu ketika ini, dengan kebanyakannya berpecah kepada kumpulan kecil dan bersembunyi di lokasi strategik sekitar zon merah. bh

No comments: