"Sebagai permulaan penempatan itu akan dilakukan dalam tempoh seminggu
atau dua minggu dan tempoh itu sedia dipanjangkan bergantung kepada
keadaan semasa".
Anggota tentera akan mendiami Kampung Tanduo sebagai jaminan bahawa kampung yang menjadi lokasi pendaratan penceroboh militan itu bebas daripada ancaman pengganas, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan penduduk yang
mendiami 12 rumah di kampung itu kembali yakin dan bersedia untuk
menjalani rutin harian mereka.
"Ini bagi memastikan penduduk tidak berasa takut untuk menyambung semula
rutin harian mereka selepas insiden pencerobohan itu," katanya ketika
ditemui selepas sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan
Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kebimbangan sesetengah pihak kemungkinan "ada
sesuatu yang disembunyikan dan belum diselesaikan" di kawasan itu
selepas pasukan keselamatan enggan membenarkan penduduk kampung terbabit
pulang ke rumah walaupun Kampung Tanduo diisytihar bersih dan bebas
daripada ancaman kumpulan pengganas sejak 11 Mac lepas.
Sambil menafikan andaian itu, Zulkifeli berkata, tindakan itu dibuat
kerana tentera dan polis terlalu komited dalam memastikan keselamatan
penduduk benar-benar terjamin sebelum mereka dibenar pulang.
Beliau berkata, sebagai bukti kesungguhan pasukannya, beliau akan
memastikan nelayan yang turun ke laut juga akan dikawal dan diringi
pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia sepanjang tempoh itu.
Katanya, apa yang diharapkan adalah penduduk sama-sama menyalurkan
maklumat bagi membolehkan pasukan keselamatan bertindak sekiranya
terdapat individu atau berlaku insiden mencurigakan di kawasan mereka.
Pada sidang akhbar sebelum itu, Zulkifeli menjelaskan, penduduk Kampung
Tanduo akan dibenar pulang selepas berakhirnya penilaian yang dilakukan
Majlis Keselamatan Negara, Majlis Daerah Lahad Datu dan Ibu Pejabat
Polis Lahad Datu di kampung itu yang akan bermula selewat-lewatnya esok.
Katanya, kelewatan membenarkan penduduk pulang ke rumah ialah bagi
memastikan kewasan kampung itu yang di kelilingi paya, hutan dan semak
samun, benar-benar selamat daripada ancaman selepas ia menjadi sasaran
utama militan selain berlaku banyak pertempuran di situ sebelum ini.
No comments:
Post a Comment