♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Monday, January 14, 2013

Operasi Petronas bakal terjejas

AWANG ADEK


BACHOK - Tuntutan pembangkang supaya Petronas memberi royalti minyak daripada lima kepada 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak boleh menyebabkan syarikat itu lumpuh untuk beroperasi di luar negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Katanya, tuntutan itu tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab.

"Jika (royalti) dinaikkan syarikat itu tidak mampu untuk beroperasi mencari minyak di luar negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup secara tunai kepada 545 nelayan kawasan Bachok di sini semalam.

Beliau mengulas cadangan pembangkang yang mahu memberi royalti 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak jika dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13. kosmo

No comments: