Katanya, individu yang terbabit, sama ada ‘mak ikan’ atau ‘anak ikan’, memang tidak mampu berfikir secara rasional berikutan seks haram bukan saja berdosa besar, malah boleh menyebabkan mereka mendapat jangkitan penyakit yang tiada ubatnya.
“Jika boleh berfikir dengan bijak, pasti mereka dapat melihat bahawa perbuatan ini punca seseorang mendapat jangkitan HIV.
“Ini fakta yang tidak boleh disangkal lagi dan jika perkara ini pun mereka tidak dapat melihat dengan jelas, ini bermakna mereka memang ada masalah untuk berfikir,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Zawawi berkata, penyakit itu boleh dianggap sebagai ujian Allah kepada seseorang untuk memperbetulkan diri dan kembali ke jalan Allah.
“Jangan apabila seseorang mendapat penyakit sedemikian, dia beranggapan hidupnya akan musnah. Bersyukurlah kerana masih sempat dan diberi peringatan Allah untuk bertaubat.
Menurut Mohd Zawawi, duit diterima hasil perbuatan itu tidak berkat dan setiap ibadah mereka akan tertolak dengan sendirinya.
“Sebab itu, ada orang memiliki kekayaan melimpah ruah tetapi hidupnya serta hatinya tidak senang. Sering ditimpa musibah dan penyakit kerana rezekinya tidak berkat,” katanya. mym
No comments:
Post a Comment