♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Wednesday, November 21, 2012

Tambat hati guna foto duit

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmerto.com.my
LAPOR...Kuar menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
LAPOR...Kuar menunjukkan laporan polis yang dibuatnya. 
 
IPOH: Gambar longgokan wang dan kereta mewah yang dipaparkan dalam laman sosial facebook (fb) sudah cukup menjadi ‘modal’ bagi seorang lelaki bagi mencairkan hati wanita kononnya untuk menjalin hubungan cinta sebelum menipu mangsa lebih RM60,000.

Mangsa kasanova fb itu yang hanya mahu dikenali sebagai I Kuar, 24, berkata, lelaki berusia lewat 20-an terbabit dikenalinya awal tahun ini dan hanya berhubungan melalui Internet serta telefon tanpa berjumpa.

“Dia mendakwa menjalankan perniagaan dan banyak mendapat tawaran tender kerajaan. Perbualannya dalam fb menambat hati saya dan kami bertukar nombor telefon.

“Sejak itu kami saling menghantar SMS bagi bertanya khabar sehingga pada tengah malam 14 Mac lalu dia menghubungi saya dalam keadaan tergesa-gesa dan mendakwa ditimpa musibah,” katanya yang ditemui di Biro Aduan Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.

Menurutnya, suspek mendakwa seorang pekerjanya melarikan wang syarikat RM8,000 yang sepatutnya digunakan untuk menjalankan projek perniagaan. mym

No comments: