♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Thursday, November 22, 2012

Perdamaian di Gaza masih samar

Baitulmaqdis: Pertempuran terus berlaku di sempadan Gaza semalam di sebalik usaha keras di rantau itu untuk melaksanakan gencatan senjata bagi menamatkan keganasan selama seminggu yang mengorbankan 136 penduduk Palestin dan membunuh lima penduduk Israel.

Usaha diplomatik membabitkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton; Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan Presiden Mesir, Mohamed Morsi tetapi perjanjian menamatkan serangan Israel di Gaza masih sukar.

Clinton, yang tiba malam kelmarin untuk berunding dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata komitmen Washington terhadap keselamatan wilayah Yahudi itu amat kukuh dan tidak berbelah bagi.


Beliau menyatakan pengumuman gencatan senjata tidak akan dibuat sehingga beliau selesai melawat Ramallah dan Kaherah untuk berunding dengan Morsi.

“Beberapa hari ini, Amerika akan bekerjasama dengan rakan kami di Israel dan seluruh rantau untuk mencari penyelesaian yang meningkatkan keselamatan bagi Israel, memperbaiki keadaan penduduk Gaza dan bergerak ke arah keamanan menyeluruh untuk semua penduduk rantau ini,” katanya.

Sumber pejuang di Gaza pada awalnya berkata perjanjian itu sepatutnya diumumkan di Kaherah malam kelmarin berikutan rundingan dianjurkan Mesir antara Israel dan Hamas.

Namun pegawai Hamas berkata, rundingan tidak langsung masih berterusan, ketika pegawai Mesir di Kaherah memberitahu pengumuman gencatan senjata tidak dijangka malam ini kerana masih menanti reaksi wilayah Yahudi itu.

Sumber diplomatik Israel memberitahu rundingan masih berlangsung.

“Kami berusaha keras menggunakan saluran diplomatik. Kami bekerja berterusan. Namun saya tidak boleh memberikan anda waktu tepat pengumuman perjanjian itu,” katanya.

Ketika mengadakan rundingan lewat malam di Baitulmaqdis, Netanyahu memberitahu Clinton beliau bersedia dengan penyelesaian jangka panjang selagi serangan roket dari Gaza dihentikan.
AFP

No comments: