PADANG RENGAS - Individu yang disabitkan kesalahan merogol gadis di
bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara mandatori selepas Seksyen 376
Kanun Keseksaan dipinda tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata, pindaan itu dicadangkan supaya mereka yang didapati
bersalah merogol gadis di bawah umur dan dijatuhi hukuman penjara
mandatori, tidak boleh merujuk seksyen lain bagi meringankan hukuman.
Katanya, pindaan seksyen berkenaan akan dibentangkan pada sesi Dewab Rakyat akan datang.
"Saya telah minta Peguam Negara dan dengan persetujuan beliau dan
nasihatnya, kita hendak pinda Seksyen 376 Kanun Keseksaan supaya tidak
diberikan budi bicara kepada hakim untuk memberikan hukuman yang ringan
kepada pesalah melainkan mesti mengenakan hukuman yang ada iaitu penjara
tidak lebih 30 tahun bagi kes hubungan jenis dengan wanita di bawah
umur 16 tahun," katanya selepas merasmikan program "Kepimpinan Berkesan"
anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Padang Rengas di sini
semalam.
Pindaan itu dicadangkan supaya hakim tidak boleh menggunapakai
Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang memberikan mahkamah
kuasa budi bicara dalam menjatuhkan hukuman. kosmo
No comments:
Post a Comment