♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Thursday, November 22, 2012

Penghidap HIV layak terima zakat

Kuala Lumpur: Penghidap HIV/Aids beragama Islam di negara ini layak mendapat manfaat zakat di bawah asnaf riqab.

Ia antara 13 perkara yang dipersetujui menerusi resolusi Persidangan Antarabangsa Islam dan HIV/Aids 2012 di sini, semalam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata pesakit HIV/Aids dikategorikan dalam lapan asnaf yang disenaraikan layak sebagai penerima zakat.


“Al-Riqab adalah hamba sahaya yang menjadi tawanan dan menunggu dimerdekakan oleh tuannya. Pesakit HIV ditafsirkan sebagai tawanan penyakit dan layak mendapat peruntukan itu.

“Saya akan mencadangkan kepada agensi pembahagian zakat untuk menyalurkan bantuan kepada golongan ini bagi membantu membiayai kos sara diri,” katanya selepas majlis penutupan persidangan itu.

Resolusi lain, meminta penubuhan sekretariat khas antarabangsa menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi menangani masalah HIV/Aids yang membelenggu masyarakat Islam dunia.
Cegah ikut Islam
Persidangan turut menggesa pelaksanaan pencegahan HIV/Aids dilakukan mengikut undang-undang Islam.

Dalam pada itu, Mashitah berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan turut menerbitkan Manual Islam dan HIV/Aids.

Manual itu adalah yang pertama di dunia, bertujuan membincangkan secara terperinci cara menangani HIV/Aids berlandaskan Islam.

“Ia diterbitkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris serta akan diterjemahkan ke bahasa Arab awal tahun depan,” katanya.

No comments: