♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Tuesday, November 20, 2012

Lari menyorok nama tercicir (upsr)

Oleh Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

LEGA...Hafeq Shakirin tenang bersama ibunya selepas hilang dua jam.

JOHOR BAHRU: Menyangka dia gagal memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 apabila namanya tidak dipanggil guru, seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (2), di sini, melarikan diri sebelum bersembunyi dalam dewan kira-kira satu kilometer dari sekolah itu, semalam.

Hafeq Shakirin Abd Halim, 12, bersembunyi di dewan itu dua jam sebelum ditemui menangis oleh bapanya, Abdul Halim Abdul Manaf, 40, dan ibunya, Norlida Mohd Yusof, 37, yang sebelum itu menghubungi polis apabila mendapati anaknya hilang.

Ketika ditemui, Hafeq Shakirin berkata, dia nekad melarikan diri dari kawasan sekolah pada jam 1 tengah hari ketika menunggu giliran mengambil slip keputusan UPSR selepas mendapati namanya tidak disebut dalam senarai calon yang memperoleh 5A.

“Saya sangka gagal memperoleh 5A. Ketika itu, saya cukup tertekan dan berasa seperti anak tidak berguna kerana menghampakan harapan ibu bapa.

“Tambahan pula rakan asyik bertanyakan mengapa saya tidak mendapat 5A seperti mereka. Saya sedih kerana sudah melakukan yang terbaik,” katanya. mym

3 comments:

Anonymous said...

actually, berita dlm surat khabar semuanya salah. saya kawan hafeq shakirin. kini dia sekolah di smk sultan ismail. cerita yg sebenarnye ialah apabila namanya tidak disebut, dia keluar dari sekolah itu untuk ke masjid kerana dia mahu menenangkan diri. apabila sudah tamat solat zuhur di masjid, die trjumpe kawannye. kawannye memberitahu bahawa die mendapat 5A dlm upsr. die bergegas ke sekolahnye semula. die tidak melarikan diri. surat khabar menceritakan perkara yg palsu yg hanya mahukan duit shj dgn menggunakan HAfeq.

someone said...