Agensi undang-undang antarabangsa memantau pergerakan JeReVe sepanjang 13 meter dari Amerika Selatan sehingga terputus hubungan bulan lalu, kata polis persekutuan Australia, semalam.
Turut ditemui dalam kapal terbabit adalah 204 blok kokain seberat satu kilogram untuk dijual di Australia, kata Pemangku Pengurus Bagi Jenayah Kumpulan dan Berat, David Sharpe.
Penemuan besar itu yang dianggarkan bernilai Aus$116 juta (RM 368.15 juta) kini menjadi fokus siasatan membabitkan polis Tonga, Kepulauan Cook, Australia dan Pentadbiran Penguatkuasa Dadah Amerika Syarikat (DEA).
Pegawai perubatan Tonga menjalankan siasatan membabitkan mayat lelaki itu.
Pihak berkuasa Tonga sebelum ini gagal mencari kapal layar itu disebabkan keadaan laut bergelora selain berada di perairan terpencil.
Dadah itu ditemui di bahagian depan kapal layar berkenaan.
Polis dan kastam Australia memulakan siasatan selepas dimaklumkan mengenai sebuah kapal dalam perjalanan dari Ecuador ke Australia sejak Ogos lalu.
Mereka membentuk sebuah kumpulan khas bersama pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk meneliti sejauh mana perairan Pasifik Selatan dieksploitasi sindiket jenayah terancang antarabangsa.
Polis Kepulauan Cook turut terbabit dalam siasatan selepas kapal layar itu berada dekat perairan berkenaan.
Pada lewat 2010, polis Australia menahan empat lelaki di Sydney mengenai rancangan menyeludup hampir 700 kilogram kokain ke Australia dari Tonga.
AFP
No comments:
Post a Comment