WASHINGTON: Hampir 50 orang kadet wanita menjadi
mangsa jurulatih yang melatih mereka di pangkalan tentera udara Texas,
termasuk 13 wanita yang mengalami serangan seksual, menurut laporan
ketenteraan Amerika Syarikat dikeluarkan semalam.
Sekurang-kurangnya 23 jurulatih tentera terbabit dalam kes salah laku seksual itu, yang terbongkar pada Jun tahun lalu di pangkalan tentera udara Lackland dekat San Antonio.
Antara 48 mangsa dikenal pasti, 35 mempunyai “hubungan tidak profesional” dengan jurulatih mereka, manakala yang lain menjadi bahan serangan seksual, termasuk enam orang yang diserang oleh seorang jurulatih yang telah disabitkan dengan kesalahan berkenaan.
“Jenis salah laku ini tidak dapat diterima di mana-mana pasukan tentera udara AS, tetapi ia betul-betul kesalahan besar dalam suasana latihan asas, di mana kami mempunyai populasi kakitangan wanita sebagai anggota udara terbaru,” kata Ketua Am Kerahan Pendidikan dan Latihan, Edward Rice yang mengetuai siasatan itu.- AFP mym

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/15
No comments:
Post a Comment