Setiap kehamilan pastilah memberi makna yang
tersendiri kepada pasangan suami isteri. Ahli keluarga juga teruja
apabila mengetahui mereka bakal menerima kehadiran orang baru. Pelbagai
andaian mahupun telahan dibuat terhadap kandungan.
Ada telahan
yang sekadar mitos sahaja dan ada juga yang memberi manfaat buat ibu.
Ketahui mitos yang kerap kali menjadi perbualan di kalangan ahli
keluarga mahupun teman-teman.
Bentuk perut petunjuk jantina bayi.
Terdapat
andaian yang memberitahu perut yang menonjol ke hadapan atau membuncit
ke atas memberi petunjuk janin yang dikandung adalah lelaki. Manakala,
bentuk perut yang melebar pula dikatakan bayi perempuan.
Secara
jelasnya, tiada fakta yang tepat yang dapat menyokong sumber yang
dimaklumkan. Bentuk, ukuran mahupun arah perut tidak boleh dijadikan
sebagai andaian.
Yang paling penting adalah menjaga, merawat dan menyayangi janin yang ada dalam kandungan sehingga selamat dilahirkan.
Minum kopi punca tanda lahir
Perlu
ibu ketahui, sekadar mengambil secawan kopi sehari ia tidak akan
menjejaskan kesihatan kulit anda. Justeru, kopi tiada kaitan yang jelas
dengan tanda lahir yang ada pada bayi anda.
Bayi perempuan ‘curi’ kecantikan ibu
Akibatnya
ibu kelihatan kusam dan tidak bermaya sepanjang kehamilan. Hakikatnya,
wajah kusam dan kulit yang tidak cantik pada ibu mungkin terjadi akibat
perkembangan janin sehingga menyebabkan kulit itu mengalami kekeringan.
Barangkali
juga ia diakibatkan oleh suhu yang panas dan gangguan hormon. Perlu
diketahui, kulit kering tidak dapat menjadi indikasi yang dapat
menentukan jenis janin.
Elak jumpa orang cacat
Tatkala
bertemu dengan seseorang yang berwajah buruk atau cacat, bakal ibu akan
berasa bimbang. Ada juga saudara mara yang minta anda menghindari dari
bertemu dengan golongan sebegitu.
Alasannya bimbang janin
akan terkenan dan mengalami keadaan yang sama seperti mereka. Jangan
bimbang, hal sebegitu tidak akan berlaku. Janin tidak akan menjadi buruk
wajahnya hanya dengan melihat sesuatu yang buruk.
Sebaiknya dari
awal lagi, amalkan membaca surahsurah pilihan untuk membantu ibu
sentiasa tenang emosi sekaligus mempengaruhi janin dalam kandungan.
Bakal ibu juga perlu mengambil vitamin yang dibekalkan oleh doktor agar
janin dalam kandungan sihat dan selamat.
Gemar makan asam tanda dapat anak lelaki.
Ada
juga yang menyatakan ibu hamil yang gemar memakan coklat akan
melahirkan janin perempuan. Justeru, bagi anda yang mahukan bayi lelaki
akan meminta pasangan membelikan anda mangga muda.
Sabar ya
bakal ibu! Tiada jaminan perubatan yang dapat menentukan keinginan makan
sesuatu boleh menentukan jantina pada janin anda.
Bayi berambut buat ibu panas
Ianya
hanyalah mitos, hal ini kerana gejala panas dalam adalah biasa buat
wanita hamil. Terutama di akhir trimester, apabila janin mula memberikan
tekanan kepada organ ibunya.
Ibu hamil perlu mengelakkan makan sambal.
Dikatakan
mengambil sambal berlebihan boleh menyebabkan kepala janin botak. Perlu
diketahui cili bukan punca kepada kebotakan. Namun, ibu masih perlu
mengurangkan pengambilan makanan pedas agar ibu dapat mengelakkan
berlakunya masalah cirit birit.
Jangan makan nanas
Wanita
hamil juga sering kali diingatkan agar tidak memakan nanas mahupun
asam. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan keputihan, keguguran dan
meningkatkan lendir pada paru paru bayi malah ada yang menyatakan ia
boleh menyebabkan bayi kuning.
Perlu diketahui, nenas kaya dengan
vitamin C dan ia membantu penyerapan zat besi dan menurunkan risiko
jangkitan kuman dan pra matang. Namun, pengambilannya yang berlebihan
iaitu lebih dari 1000mg/hari ia mampu mencetuskan masalah kesihatan yang
lain terutama pada anda yang sensitif.
Jangan duduk di muka pintu
Kata
orang tua ia boleh menyebabkan ibu sukar melahirkan. Hal ini kerana,
perlakuan ibu dikatakan menghalang laluan orang. Perlu diingat, pintu
merupakan laluan angin. Sebab itulah, bakal ibu perlu menghindari
daripada berada di muka pintu untuk mengelakkan tubuh mereka sejuk dan
berangin.
Ia sama sekali tidak ada kaitan dengan proses kelahiran secara pembedahan.
Ibu hamil degil akan bermasalah
Ada
yang memaklumkan jika bakal ibu tidak mahu mengikuti pantang larang
yang diberikan bermakna bakal ibu akan dilanda masalah. Seharusnya bakal
ibu jangan
marah, ucapkan terima kasih dengan pandangan yang mereka berikan.
Namun,
pandangan yang tidak boleh diterima, tidak perlu disimpan dalam hati
sehingga mengganggu emosi ibu. Yakinlah bahawa baik atau buruk
perjalanan hidup seseorang telah diatur oleh Allah.
Walaupun
pelbagai mitos telah dikemukakan wanita hamil tidak perlu terlalu taasub
sehingga menyebabkan perjalanan kehamilan anda menjadi tidak ceria. mw
No comments:
Post a Comment