♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Thursday, November 22, 2012

Berumah tangga dalam bot usang



SULAIMAN (kanan) dan Sabiah terpaksa makan di bahagian enjin bot miliknya di Kuching semalam.



KUCHING – Sepasang suami isteri yang tidak mampu memiliki rumah terpaksa tinggal di dalam sebuah bot usang di Sungai Sarawak di sini sejak tiga tahun lalu.

Sulaiman Tegak, 58, dan isterinya, Sabiah Busamah, 60, hidup dalam keadaan tidak selesa ekoran bot kayu itu akan dilimpahi air hujan dan hanyut beberapa kilometer dari tepi sungai sekiranya hujan lebat.
Sulaiman berkata, sebelum ini dia tinggal di rumah abangnya di Kampung Sungai Apong di sini namun berpindah kerana keadaan rumah itu yang usang.

“Sungai Sarawak sudah menjadi sebahagian daripada hidup kami berdua dan saya sendiri tidak dapat bayangkan nasib kami tanpa bot ini.


“Di atas bot inilah kami berlindung, tidur, makan, minum dan solat. Kami hidup dalam keadaan daif malah peralatan dapur seperti pinggan mangkuk, kuali, periuk, cerek dan dapur gas adalah pemberian orang ramai,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Pasangan itu mempunyai enam orang anak berusia antara 20 hingga 35 tahun yang kini tinggal di rumah saudara-mara di Kampung Sungai Apong. kosmo

No comments: