Kadar kolesterol yang tinggi merupakan salah satu
penyebab masalah penyakit kardiovaskular seperti strok dan lain-lain.
Selain menjadi punca penyakit itu, kolesterol berlebihan juga boleh
menyebabkan saluran darah tersumbat dan kegemukan. Jadi, bagi menjaga
kadar kolesterol yang normal, amalkan langkah langkah berikut:
Diet sihat
Pengambilan
makanan berlemak dan berminyak menjadi salah satu penyebab bertambahnya
kadar kolesterol dalam tubuh. Oleh itu, kurangi makanan yang menjadi
penyebab kolesterol tinggi seperti daging merah, mentega, keju dan kuih
muih yang manis.
Kurangi berat badan
Obesiti
peningkatan kolesterol yang tinggi. Berat badan berlebihan akan
meningkatkan trigliserida yang akhirnya akan menyebabkan penyumbatan
salur
darah. Jadi, kurangi berat badan dengan berolahraga sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Olahraga ringan sudah mencukupi seperti berjalan kaki atau berbasikal mahupun berjoging.
darah. Jadi, kurangi berat badan dengan berolahraga sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Olahraga ringan sudah mencukupi seperti berjalan kaki atau berbasikal mahupun berjoging.
ringan tulang
Orang
yang rajin tentunya dapat membakar kalori dengan lebih banyak. Biasanya
orang yang rajin tidak betah duduk diam menonton TV sambil berbaring
atau makan semata-mata sepanjang hari.
Mereka
ini berisiko tinggi untuk meningkatkan kadar kolesterol dalam badan
berbanding orang yang rajin. Hidup aktif dapat menurunkan trigliserida
dan juga membantu anda menjaga berat badan.
Hindari rokok
Tabiat
merokok berisiko tinggi dalam meningkatkan jumlah kolesterol kerana
merokok merupakan salah satu cara yang boleh mengakibatkan menurunkan
kadar kolesterol baik dalam badan. Jadi, mulakanlah dari sekarang jauhi
rokok.
awasi waktu risiko tinggi
Waktu
risiko tinggi bagi wanita adalah setelah menopaus. Biasanya wanita
menopaus memiliki kadar kolesterol yang tinggi berbanding lelaki. Oleh
itu, sekiranya anda kalangan yang telah menopaus, jaga pola makan yang
sihat serta amalkan gaya hidup sihat dengan lebih baik. Jangan lupa
untuk tetap berolahraga.
Hati-hati dalam penggunaan ubat
Beberapa
ubat-ubatan dapat meningkatkan kadar trigliserida. Jadi demikian,
sebelum mengambil ubat-ubatan yang anda tidak pasti kesannya terhadap
kesihatan tubuh badan, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor
terlebih dahulu.
Jauhi alkohol
Kekerapan
mengambil alkohol boleh merosakkan hati dan jantung yang menyebabkan
tekanan darah tinggi dan menyebabkan kadar kolesterol dalam tubuh
semakin meningkat.
elak stres
Jika
anda stres, pastikan anda cuba mengawalnya dengan cara yang baik.
Sesetengah orang mencari keselesaan atau mengubat tekanan dengan cara
menghiburkan diri sendiri dengan makan makanan yang berlemak dan
berkalori tinggi. Oleh sebab itu, pastikan apa yang anda makan setiap
hari dan elakkan stres berpanjangan kerana ia boleh menyebabkan
kolesterol darah meningkat.
Peka kesihatan badan
Penyakit
tertentu seperti diabetes dan hipotiroidisme akan menambah kadar
kolesterol dalam tubuh. Untuk itu, lakukan pemeriksaan kesihatan secara
teratur untuk menjaga kadar kolesterol yang rendah dalam tubuh. mw
No comments:
Post a Comment