Sambil menegaskan ia bukan isu baru, Timbalan Perdana Menteri berkata peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan cukup jelas dan tidak perlu untuk mentafsir atau mendefinisikan status negara ini.
“Apa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai status Islam sebagai agama rasmi adalah jelas, jadi saya tidak perlu nak definisikan lagi sama ada (Malaysia) sekular atau tidak.
“Biarlah kita kekalkan status sebegitu, tidak perlu penafsiran semula sebab kita sudah melaluinya sejak 55 tahun lalu, apa perlu kita debat sama ada kita sekular atau Islamik.
“Yang menjadi tunjang ialah Perlembagaan Persekutuan, pihak mana yang nak mentafsirkan perkara itu... itu masing-masing punya tafsiran,” katanya pada sidang media selepas menutup Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Cemerlang Malaysia 2012 di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa Malaysia tidak pernah diisytiharkan negara sekular, sebaliknya memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi.
Mohamed Nazri menjawab soalan John Fernandez (DAP-Seremban) di Dewan Rakyat, kelmarin. ~bh~
No comments:
Post a Comment