♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Friday, October 12, 2012

Sahkah Rujuk Suami?



Pandangan masyhur tempatan menyatakan apabila suami menceraikan isterinya dengan talak tiga atau menyebut perkataan talak tiga kali atau apa-apa lain yang membawa natijah talak tiga (Talak Ba’in Bainanuh Kubra), maka hubungan suami isteri terus terputus. Suami tidak boleh merujuk isterinya itu melainkan isterinya menikahi lelaki lain, mengadakan hubungan seks lalu kemudian bercerai.


Sebenarnya dalam persoalan ini terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli ilmu. Pendapat Pertama seperti mana di atas, iaitu apabila suami mentalak tiga isterinya maka yang jatuh ialah talak tiga. Pendapat Kedua menyatakan apabila suami menceraikan isterinya dengan talak tiga atau menyebut perkataan talak tiga kali atau apa-apa lain yang membawa natijah talak tiga, yang jatuh hanya talak satu. Isteri perlu melalui masa ‘iddahnya selama tiga kali suci dari putaran haid. Setelah itu jika suami masih bertekad untuk menceraikannya, maka dia mengucapkan talak sekali lagi dan kini jatuhlah talak dua. Isteri perlu melalui masa ‘iddahnya selama tiga kali suci dari putaran haid. Setelah itu jika suami masih bertekad untuk menceraikannya, maka dia mengucapkan talak sekali lagi dan kini jatuhlah talak tiga. Isteri perlu melalui masa ‘iddahnya selama tiga kali suci dari putaran haid. Dengan tiga proses ini barulah lengkap proses penceraian.


Ketika isteri dalam tempoh iddah untuk talak pertama, kedua dan ketiga, suami boleh merujuk pada bila-bila masa. Namun selepas suci dari masa iddah talak ketiga, suami tidak boleh merujuk isterinya itu melainkan isterinya menikahi lelaki lain, mengadakan hubungan seks lalu kemudian bercerai. Dalilnya ialah firman Allah:

Dan jika mereka (suami) berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Dan isteri-isteri yang ditalak itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).

Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa ‘iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Talak (seperti di atas berulang) dua kali. Sesudah itu (talak yang ketiga) bolehlah dia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.

[al-Baqarah 2:227-229]
Berdasarkan ayat di atas:

Firman Allah: “Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak…”. Bagi suami yang ingin menceraikan isterinya, hendaklah menjatuhkan talak.

Firman Allah: “Dan isteri-isteri yang ditalak itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).” Bagi isteri yang ditalak, dia berada dalam waktu ‘iddah yang tempohnya tiga kali suci dari putaran haid.

Firman Allah: “Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa ‘iddah mereka …”. Dalam tempoh ‘iddah tersebut, pasangan suami isteri memiliki peluang untuk berbaik-baik kembali dan menyelesaikan pergeseran yang berlaku di antara mereka. Jika mereka ingin tetap hidup bersama, maka suami rujuk kembali kepada isterinya.

Firman Allah: “Talak (seperti di atas berulang) dua kali. Sesudah itu (talak yang ketiga)…” Tahap atau langkah 1, 2 dan 3 di atas berulang sebanyak tiga kali. Tiga kali yang dimaksudkan ialah dengan setiap talak itu memiliki waktu ‘iddahnya. Ia bukan tiga kali dengan satu waktu ‘iddah. Misalnya, apabila kita disunnahkan berzikir Astaghfirullah tiga kali selepas solat fardu, ia tidak bermaksud menyebut “Astaghfirullah 3 kali” tetapi “Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.”

Di antara hikmah diadakan waktu ‘iddah ialah supaya pasangan yang ingin bercerai memiliki ruang waktu yang cukup untuk berfikir sedalam-dalamnya sama ada keputusan mereka adalah matang atau tidak.

Bandingkan, jika satu pasangan itu memiliki ruang waktu yang luas untuk berfikir sebelum bernikah, apakah mereka tidak patut diberi ruang waktu juga untuk berfikir sebelum bercerai? Lebih-lebih lagi apabila penceraian itu sendiri lazimnya dilakukan secara tergesa-gesa lagi beremosi. Pensyari‘atan talak dalam tiga waktu yang berasingan dengan waktu ‘iddah di antara setiap talak membolehkan kedua-dua pasangan berfikir secara mendalam: apakah mereka benar-benar ingin bercerai atau masih ada ruang untuk kembali bersama?

Kebanyakan ahli ilmu dan para peneliti menganggap Pendapat Kedua lebih kuat berbanding Pendapat Pertama. Justeru bagi kes sahabat anda, penceraian yang dilakukan oleh suaminya hanya memiliki nilai Talak Satu dan rujukannya selepas seminggu adalah sah. Maka mereka berdua masih merupakan pasangan suami isteri yang sah sehingga ia tidak menjejaskan nasab anak yang bakal dilahirkan itu. sumber

No comments: