♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Monday, October 15, 2012

Norodom Sihanouk meninggal dunia

RAJA Kemboja, Norodom Sihamoni (kanan) bersama bapanya yang juga bekas raja Kemboja, Norodom Sihanouk, berbual bersama pihak media ketika tiba di Lapangan Terbang Phnom Penh, pada Oktober 2004.  - Foto REUTERS  
RAJA Kemboja, Norodom Sihamoni (kanan) bersama bapanya yang juga bekas raja Kemboja, Norodom Sihanouk, berbual bersama pihak media ketika tiba di Lapangan Terbang Phnom Penh, pada Oktober 2004. - Foto REUTERS
 
PHNOM PENH: Norodom Sihanouk, bekas raja Kemboja yang menjadi tokoh yang berpengaruh besar dalam politik lebih enam abad, meninggal dunia hari ini.

Beliau berusia 89 tahun.
Jurucakap Kerajaan Kemboja, Khieu Kanharith, berkata Sihanouk meninggal dunia awal hari ini di Beijing.

Beliau berlepas ke Beijing awal tahun lalu untuk mendapatkan rawatan.

Putera Sisowath Thomico, yang juga anggota keluarga diraja serta pembantu kepada Sihanouk, berkata bekas raja itu mendapat serangan jantung di sebuah hospital di Beijing.

“Kematiannya adalah satu kehilangan besar kepada Kemboja," kata Thomico.

Beliau berkata, sepanjang hidupnya Sihanouk banyak menabur jasa demi negara dan rakyat Kemboja.
Sihanouk adalah tokoh utama dalam politik Kemboja untuk lebih enam dekad tetapi melepaskan tampuk pemerintahan pada 2004 kerana kesihatannya yang semakin merosot.

Beliau menyerahkan kuasa pemerintahan kepada anaknya, Norodom Sihamoni. - AP
~bh~

No comments: