SEPANG 20 Okt - Juara dunia 2010, Jorge Lorenzo mengungguli sesi
kelayakan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang hari ini selepas mencatat
masa terpantas untuk bermula di petak pertama dalam perlumbaan Grand
Prix Malaysia 2012 esok.
Lorenzo daripada pasukan Yamaha Factory Racing mencatat masa dua
minit 00.334 saat manakala pelumba Repsol Honda Team, Dani Pedrosa di
tempat kedua meninggalkan pelumba Monster Yamaha Tech 3 Andrea
Dovizioso di tempat ketiga terpantas sesi kelayakan hari ini.
Sementara itu, juara dunia musim lepas, Casey Stoner sekadar
berupaya mencatat masa 2'00.811s untuk bermula di tempat keempat pada
perlumbaan esok.
Keputusan lain menyaksikan Valentino Rossi daripada pasukan Ducati
hanya meraih tempat ke-11 pada sesi kelayakan tersebut. -~um~
No comments:
Post a Comment