Tuala merupakan peralatan wajib yang perlu anda bawa ketika hendak
mandi. Ia digunakan untuk mengelap dan mengeringkan seluruh tubuh, oleh
itu kebersihannya perlulah dijaga dengan baik kerana ia boleh
mempengaruhi kesihatan.
Tuala yang kotor akan menjadi sarang
pelbagai jenis bakteria sehingga ia boleh mengundang kepada masalah
kesihatan kulit. Ini kerana, setiap hari sekurang-kurangnya dua kali
tuala akan digunakan untuk mengeringkan badan. Sebaiknya, anda sentiasa
memberikan perhatian yang lebih kepada perawatan dan kebersihan tuala
anda. Ikuti panduan di bawah:
Pastikan tuala kembali dalam
keadaan kering setelah anda gunakan agar tiada kulat yang melekat
padanya. Jemur tuala di tempat yang kering dan terkena sinar matahari.
Warna tuala yang berubah sedikit gelap setelah digunakan berhari-hari
menandakan kulit anda masih melekat dengan kotoran meski anda telah
membersihkan tubuh menggunakan sabun. Ia juga menandakan bahawa
bakteria telah berkumpul di tuala anda.
Bagi memastikan
kebersihan tuala, cucilah tuala seminggu sekali agar tuala yang anda
gunakan sentiasa bersih dan nyaman. Untuk mencuci tuala, anda boleh
merendam tuala di dalam air hangat yang telah dicampurkan dengan sabun
selama 30 minit. Air hangat ini membantu kerja-kerja detergen sehingga
ia lebih mudah melunturkan kotoran yang melekat. Sebaiknya rendam tuala
secara berasingan dengan pakaian-pakaian anda yang lain.
Jika
anda menggunakan tuala baru, ada baiknya anda cuci tuala tersebut
terlebih dahulu. Ini adalah kerana anda sendiri tidak pasti bagaimana
proses menghasilkan tuala tersebut, serta bagaimana keadaan tuala
tersebut ketika berada di kedai. Oleh itu, rendamkan dengan air hangat
bersama sedikit detergen sebelum mencuci tuala anda. ~mw~
No comments:
Post a Comment