Meskipun
tidak elok diamalkan namun jika tabiat buruk itu sudah sebati dalam
diri maka ia amat sukar diubah. Dalam hal ini, lelaki mempunyai senarai
yang agak panjang. Semak sembilan tabiat lelaki ini mungkin ada pada
anda atau pasangan.
1. Merokok
Sekalipun mengetahui lebih 4000 bahan kimia di dalam rokok dan mampu mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya namun lelaki tidak pernah mempedulikan hal ini. Bagi mereka, rokok adalah lambang kelelakian dan tidak hairanlah sejak usia remaja lagi, kebanyakan lelaki akan berbuat demikian. Tahukah anda, rokok mampu merosakkan bukan saja jantung dan paru-paru tetapi juga boleh menjejaskan sperma anda yang penting untuk menghasilkan zuriat.
2. Berjemur Tanpa Memakai Pelindung Matahari
Kebanyakan lelaki tidak pernah memikirkan kesan ke atas kulit mereka akibat pancaran terik matahari.
Kalau wanita sentiasa menyapu krim
pelembapmeski pun bukan berada di tepi pantai, lelaki adalah sebaliknya.
Mereka sanggup berpanas di tepi pantai tanpa mengambil kira “kulit
terbakar” atau tidak.
Sebenarnya krim perlindungan/pelembap memang baik
untuk tubuh dan jika anda seorang yang tidak kisah sebelum ini, ubahlah
sikap ini kerana lelaki maskulin khususnya begitu mengambil berat soal
penampilan diri.
3. Makan Berlebihan Namun Tiada Senaman

Jika
wanita gerun dengan perkataan terlalu banyak lemak tetapi lelaki tidak
kisah jika “perut ke depan” seperti wanita mengandung sembilan bulan.
Kebanyakan lelaki akan makan dengan banyak namun tidak menghiraukan
senaman. Ditambah dengan makanan ringan, merokok dan pelbagai tabiat
lain, tidak
hairanlah sebaik berumah tangga, perut suami biasanya lebih
ke hadapan berbanding isteri.
4. Bergaya Malas
Pernahkah anda melihat gaya seorang lelaki yang malas? Rambut tidak disikat, baju yang agak besar, hanya berselipar sahaja dan serba serbi gayanya tidak kena di mata anda. Tidak dinafikan, ada lelaki sebegini malah lebih teruk lagi tidak mencukur jambang di muka. Tapi apa hendak dikata, itulah perangai lelaki sebenarnya. Yang pasti kalau anda bujang, wanita sukar mendekati kerana gaya anda ini.
5. Gemar Mengusap Wajah
Sesetengah lelaki amat gemar mengusap kulit wajah mereka semasa bercukur biarpun ketika itu anda belum membasuh muka dengan sempurna. Tahukah anda, tangan yang mengandungi bakteria akan mengakibatkan kuman mudah menjangkiti sekali gus jerawat mudah tumbuh. Jadi, kalau ia menjadi tabiat anda, hentikanlah kerana ia akanmendatangkan kesan tidak elok pada kulit wajah.
6. Bercukur Tanpa Krim Pencukur
Tabiat ini dilakukan ramai lelaki. Alasannya mahu cukur sedikit dan bukan keseluruhan wajah. Ramai lelaki sering memberi alasan ini kerana sesetengahnya begitu berkira hendak membeli krim pencukur. Namun tahukah anda, anda mungkin boleh terkena radang kulit, luka dan sebagainya. Jadi jangan cari pelbagai alasan untuk tidak menggunakan krim pencukur ini.
7. Tidak Minum Aair Dengan Banyak
Tahukah anda, minum air dengan banyak mampu membuatkan sistem perkumuhan anda berjalan sempurna. Namun tidak ramai yang berbuat demikian dengan pelbagai alasan malah ada lebih teruk, gemar minuman manis dan jarang minum air putih. Sebaiknya, anda perlu minum air putih sekurangkurangnya gelas sehari untuk sistem perkumuhan yang sempurna. Ia bukan saja baik untuk kesihatan tetapi juga kulit.
8. Gunakan Apa Saja Pelembap Di Wajah
Wanita begitu cerewet tentang penjagaan wajah seperti menggunakan krim pelembap siang dan malam, lelaki pula sebaliknya. Lelaki jarang membaca label krim dan terus menyapunya pada wajah tanpa memikirkan sama ada ia untuk kulit kering, kulit kusam atau sebagainya. Sebagai lelaki, anda perlu ketahui hal-hal ini terutama sekali jika bekerja dalam bidang yang memerlukan anda berdepan dengan orang ramai. Bukan saja pakaian diambil kira tapi kulit wajah juga perlu dititik beratkan. ~mw~
No comments:
Post a Comment