♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Friday, September 14, 2012

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Britain – Dalam satu majlis yang diadakan pada bulan Julai lalu, sepasang warga emas duduk minum bersama seorang pemuda.

Pasangan itu mendengar dengan penuh minat mengenai rancangan dan impian masa depan pemuda tersebut dan selepas tiga jam menghabiskan masa bersama, mereka kemudiannya beredar namun dengan janji, masing-masing akan terus berhubung.

Namun di sebalik pertemuan tersebut, tiada siapa menyangka bahawa pemuda yang dilayan dengan baik oleh Ray dan Violet Donovan itu sebenarnya merupakan pembunuh kepada anak pasangan tersebut.

Menurut Violet atau lebih mesra digelar Vi, bagi sesetengah orang, situasi berkenaan amat ganjil dan sukar bagi mereka memikirkan bagaimana pasangan tersebut dapat memaafkan pembunuh anak mereka.

“Apabila Ray pertama kali menyuarakan hasrat hatinya untuk memaafkan pemuda tersebut selepas beberapa jam anak kami, Chris meninggal dunia, saya menjerit dan memukulnya.

“Ketika itu saya hanya terfikir untuk merobek-robek tubuh pembunuh tersebut kerana meragut nyawa anak saya.

“Bagaimanapun selepas beberapa minggu, barulah saya sedar kita perlu meneruskan kehidupan dan untuk itu, saya perlu memaafkan pemuda tersebut,’’ kata Vi.

Jelasnya, ketika pertama kali bertemu pemuda tersebut pada bulan musim panas lalu, pemuda tersebut telah menjalani hukuman penjara selama lapan tahun dan dia juga telah menyesal kerana mengikut rakan-rakannya menyerang Chris.
Kemaafan Dendam Yang Terindah
Dalam kejadian pada 2001 itu, Chris bersama adiknya Phil, telah diserang sekumpulan pemuda, namun nasib Chris lebih malang apabila dia dibawa ke kereta dan mayatnya kemudian dihumban ke tempat lain.
“Kumpulan itu menjadikan kepala Chris sebagai bola dan mereka kemudiannya mengheret tubuhnya yang tidak bermaya itu dengan kereta.

“Kami kemudiannya hanya dminta oleh polis untuk mengenal pasti mayat Chris namun apa yang menyedihkan ialah saya tidak dibenarkan memeluk anak saya.

“Sepanjang tempoh seminggu selepas kematiannya, saya tidak boleh tidur. Lebih menyedihkan apabila otaknya terpaksa dikeluarkan untuk ujian forensic menyebabkan mayatnya hanya dapat dikebumikan 16 minggu selepas dia dibunuh,’’ kata Vi.

Pemuda berkenaan bersama dua yang lain ditahan selepas setahun pembunuhan itu berlaku.

Ketika perbicaraan mereka dimaklumkan bahawa kumpulan pemuda tersebut berada dalam keadaan mabuk serta khayal kerana dadah dan mereka menjadikan Chris sebagai mangsa hanya kerana dia menyanyi.

Dalam pada itu, Ray, 61 pula berkata, selepas kes pembunuhan Chris selesai, mereka telah menubuhkan Yayasan Chris Donovan.

“ Pertama kali saya bertemu pemuda itu, kami bersalam namun dia memeluk saya dan mula menangis. Dia memberitahu, dia terpengaruh dengan desakan rakan-rakannya dan kini telah insaf.

“Saya bisikkan kepadanya jangan lagi terlibat dengan perbuatan itu,’’ katanya yang gembira kerana pemuda tersebut bakal menjadi seorang ayah selepas teman wanitanya kini sedang mengandung.

Ray turut mencarikan pekerjaan sebagai pelukis karikatur kepada pemuda berkenaan. kbb

No comments: