“Saya tahu pembangkang idamkan kuasa, tetapi jangan bangkitkan isu seumpama ini. Kita dah 55 tahun merdeka. Semua rakyat Malaysia bersatu padu.
“Tetapi tindakan mereka (membangkitkan isu itu) ini amat berbahaya. Mereka kena tengok dalam kerangka yang lebih luas. Jangan hanya kerakusan nak berebut kuasa, mereka mempermainkan emosi dan ia boleh membangkitkan kemarahan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara Felcra dan Risda di sini, semalam.
Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, tindakan beberapa pemimpin Umno Sabah melompat parti tidak menjejaskan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya akan datang.
“Tetapi, saya nasihatkan perkara ini perlu dipandang serius kerana dalam politik apa yang berlaku perlu dilihat walaupun saya yakin ia tidak merosak atau mengganggu pilihan raya akan datang.
Ditanya mengenai cadangan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee supaya kad pengenalan khas dikeluarkan kepada rakyat Sabah untuk membezakan warga negeri itu dengan penduduk lain di Malaysia, Mohd Shafie berkata, ia tidak perlu dibangkitkan.
“Perkara seperti ini tidak patut dibangkitkan memandangkan penyatuan Sabah, Sarawak dan Semenanjung dipersetujui sejak dulu lagi,” katanya. mymetro
BS ~ aku paling xsuka kalau isu kenegerian dibangkitkan. Xkisah lah utk politik ka apa kah. Entah apa-apa tah..huh!!
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19
No comments:
Post a Comment