SEOUL: Penyanyi pop sensasi Korea Selatan, Park Jae-Sang menjadikan negara itu lebih popular apabila video Gangnam Style mencecah 200 juta penonton di YouTube, beberapa hari selepas mendapat tempat pertama dalam carta iTunes Amerika Syarikat.

“Dapat 200 juta tontonan!! Terima kasih semua!” kata Park atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Psy di akaun Twitternya @psy-oppa.
Video yang memaparkan Psy membuat tarian “tunggang kuda”, menjadi popular tidak lama selepas dimuat naik dalam laman perkongsian video pada pertengahan Julai lalu, menjadikan penyanyi bertubuh gempal dan berusia 34 tahun itu terkenal di peringkat antarabangsa.
No comments:
Post a Comment