♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Tuesday, August 28, 2012

Hikmah Katie tinggalkan Cruise

           PERCERAIAN Katie dengan Cruise membantu merangsang penjualan pakaian jenama     
                           Holmes & Yang dan dia memakai baju berkenaan baru-baru ini.
_________________________________________________________________________________

Di sebalik kesedihan kerana rumah tangganya berantakan, mungkin ada sinar baru untuk Katie Holmes.
Jualan pakaian berjenama aktres berusia 33 tahun ini, Holmes & Yang, dilaporkan meningkat ketara sejak dia bercerai dengan hero Hollywood, Tom Cruise, 50.

Kakitangan rangkaian kedai Barneys yang menjual produk berkenaan berkata, jualan dan minat ditunjuk pelanggan kepada label Holmes & Yang begitu menggalakkan.

Kejayaan itu juga berlaku seiring dengan pengumuman bahawa jenama Holmes & Yang - diasaskan Holmes bersama pereka fesyen, Jeanne Yang - bakal menyertai Minggu Fesyen New York untuk kali pertama.

Antara premis yang mencatatkan jualan memberangsangkan ialah Barneys di Beverly Hills dan New York.

Sementara itu, sebuah pasar raya di Dallas yang tidak menjual pakaian jenama itu pula berkata, pihaknya didatangi ramai pelanggan yang bertanyakan Holmes & Yang.

Bekas eksekutif Bergdorf Goodman, Robert Burke, berkata berdasarkan cara Katie bergambar, boleh dikesan aktres itu inginkan pendedahan lebih banyak berbanding sebelum ini.

“Dia tidak menunggu pengarang majalah fesyen atau pereka fesyen memberikan nasihat,” katanya.

Pemenang anugerah Emmy (kategori kostum), David Zyla, berkata Katie menjadi peluang yang diperlukan untuk Holmes & Yang untuk mendapat publisiti meluas.

Katanya, semua pengarang majalah fesyen akan hadir di Festival Fesyen Musim Gugur 2013 September ini.

“Perceraian Katie dan cara dia menguruskan masalah itu menarik perhatian serta memberi kesan kepada setiap tindakannya,” katanya.

Pembeli hanya akan membuat pesanan selepas September ini dan pakaian berkenaan dijangka sampai ke tangan mereka pada Februari.

Kata Zyla, cara Katie berdepan dengan konflik rumah tangganya menjadikan dia seorang aktres yang unik.

“Pelanggan akan melihat pakaian jenama Holmes & Yang sebagai sesuatu yang istimewa.

“Ia bukan saja menarik kerana rekaannya, malah menjadi bermakna kerana dihasilkan seorang wanita contoh dan tabah,” katanya.

Pernah dikenali kerana menghasilkan pelbagai fesyen jeans dan blaus, Katie menjadi lebih bersemangat sejak dia mengumumkan perceraian pada 19 Julai lalu.

Dia muncul di khalayak ramai untuk kali pertama dengan rekaan jenama Holmes & Yang sejurus selepas menjalani penggambaran di Sekolah Reka Bentuk Parsons di New York.

Ia adalah sebahagian daripada episod terbaru Project Runway.

Pada masa sama, Cruise juga sebenarnya turut menyumbang mempopularkan pakaian jenama itu.

Cruise mengenakan sut Holmes & Yang ketika menerima anugerah Friars Club Entertainment Icon Award bulan lalu.

Jeanne menjadi penasihat gaya peribadi Cruise selama beberapa tahun, tetapi
tidak dapat dipastikan jika mereka masih bekerjasama.

~  myMetro ~
Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012

No comments: