Bekas model, Alana Hamilton Stewart, mendakwa dia diserang lelaki bersenjata pisau di rumahnya di Texas.
Alana, 67, berkata pengalaman itu sebagai sesuatu yang “memalukan dan menghina” kepada dirinya.
Alana berkahwin dengan Stewart selama lima tahun sebelum bercerai pada 1984.
Menurut Alana, walau bagaimana pun ia berlaku, insiden itu tetap amat memalukan kerana wanita sering menyangka, ia tidak akan berlaku ke atas mereka.
“Apabila ia benar-benar berlaku, ia amat keji dan memalukan.
“Ketika itu, apabila polis Texas datang untuk menyiasat, mereka membuat saya seolah-olah melakukan kesalahan kerana membiarkan perogol terbabit masuk ke rumah,” katanya.
Bercakap kepada Fox News, Alana berkata, dia terlalu aib dan enggan mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa sehinggalah beberapa tahun kemudian.
Katanya, kejadian itu amat menyakitkan tetapi terpaksa dipendamkan begitu saja.
“Namun, ia adalah detik peralihan kepada saya kerana ia memberi dorongan sebenar untuk saya keluar dari Texas dan berpindah ke New York memulakan hidup baru,” katanya.
Sebelum itu pun, kata Alana, dia memang mahu berhijrah kerana berdepan masalah ketagihan dadah ibunya.
Disebabkan insiden itu, katanya, dia akhirnya nekad meninggalkan rumah dan mencari haluan baru dalam hidup.
Pengalaman dirogol itu turut diceritakan Alana dalam autobiografinya, Rearview Mirror.
Mengenai suami pertamanya, George Hamilton, Alana berkata, lelaki itu seorang yang hebat dan hingga kini aktor terbabit kekal menjadi temannya.
Alana turut menceritakan kesedihannya apabila berpisah dengan Stewart apabila penyanyi rock itu jatuh cinta kepada model, Kelly Emberg.
“Saya membesarkan sendiri tiga anak kecil dan perpisahan itu sangat memberi kesan, menyebabkan saya tidak berada dalam keadaan sepatutnya,” katanya.
Di sebalik keperitan itu, Alana yakin dia berjaya menerapkan nilai yang baik kepada anaknya.
“Saya sentiasa menyayangi mereka dan sedia membantu jika diperlukan.
“Bagaimanapun, saya sentiasa beranggapan sepatutnya saya boleh menjadi ibu bapa yang lebih baik,” katanya.
Alana mengahwini Stewart pada 1979 dan memperoleh dua anak, Kimberley dan Sean.
Selepas berkahwin, kata Alana, cinta Stewart beralih arah menyebabkan dia terlalu sukar menerima hakikat itu.
“Segala masalah yang cuba saya tinggalkan sebelum itu, tiba-tiba muncul,” katanya.
Dalam buku itu, Alana juga menceritakan pengalamannya bersahabat dengan bintang siri Charlie’s Angels, Farah Fawcett, yang meninggal dunia akibat kanser pada 2009.
Kata Alana, dia tidak pernah melihat bagaimana seseorang yang disayangi berdepan dengan kematian.
“Pada awalnya, kami tidak menyangka Farah akan maut kerana dia seorang yang kuat.
“Semua orang yakin Farah dapat melawat penyakitnya,” katanya.
No comments:
Post a Comment