♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Monday, September 10, 2012

6 Tanda Isteri Puas

Mungkin ramai yang masih samar tentang definisi sebenar orgasma. Apa yang diketahui ia berkait rapat dengan aktiviti seks tetapi apakah proses yang berlaku ketika itu ramai yang tidak punya info tentang perkara itu?

Kebanyakan suami gemar mengambil jalan mudah dengan membuat tanggapan sendiri. Kata mereka, apabila ejakulasi berlaku ketika hubungan seks berlangsung bermakna mereka sudah sampai ke tahap orgasma. Sebenarnya, teori tersebut salah sama sekali.Orgasma berlaku apabila otot-otot di bahagian punggung dan lain-lain kawasan di tubuh mengecut secara tiba-tiba.

Dalam masa yang sama, ia melepaskan ketegangan seksual yang terkumpul disusuli pula dengan sensasi mental yang mengiringi perasaan tersebut. Sementara itu, ejakulasi adalah proses pemancutan air mani dan tidak boleh dikelaskan bersama orgasma. Bagi lelaki, ejakulasi sudah cukup memuaskan kehendak seksual tetapi berbeza dengan wanita. Banyak proses yang perlu dilalui untuk membuatkan wanita puas tatkala berasmara malah pengalaman yang dikecapi pun tidak sama.


Hakikatnya, banyak factor yang mendorong ke arah kegagalan nikmat persetubuhan di mana rata-rata suami masih samar sama ada pasangannya sudah mengalami orgasma atau tidak. Mudah cerita, kesimpulan sendiri dilakukan apabila berlakunya ejakulasi. Ketahuilah, apabila tanda-tanda berikut berlaku kepada pasangan maka sebenarnya, anda telah berjaya menemui ‘kunci’ rangsangan dalam hubungan asmara. Antaranya ialah :


1. Keluar suara meneran yang agak kuat dan berlaku secara spontan

2. Badan menjadi tegang

3. Tubuh menjadi gementar

4. Nafas kencang dengan tiba-tiba

5. Kaki dan tangan merangkul tubuh suami dengan erat

6. Di peringkat kemuncak, isteri akan berasa seluruh tubuhnya kaku (seolah-olah tidak sedarkan diri) kerana 99 bahagian nafsunya sudah menguasai diri.

Setelah suami menemui kesemua perkara ini pada pasangan maka mereka perlu beralih ke peringkat seterusnya. Telah dinyatakan tadi bahawa wanita lambat terangsang dan kerana itulah mereka perlukan sedikit masa untuk mengendurkan semula otot-otot yang tegang.

Agak menyedihkan apabila segelintir suami yang mementingkan diri sendiri dengan meninggalkan isteri begitu sahaja selepas hubungan intim selesai. Kebiasaannya, wanita mengambil masa paling kurang lima belas minit untuk kembali normal dan suami sepatutnya menggunakan masa berkenaan untuk terus merangsang isteri sama ada dengan ciuman, belaian atau cukup dengan ucapan terima kasih yang romantik.

Peranan suami selepas orgasma
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sedarlah bahawa isteri adalah tempat untuk berkongsi segalanya. Suka duka, kasih sayang, rindu dendam dan macam-macam lagi. Kata-kata pujian dan belaian amat didambakan kerana itulah fitrah wanita. Oleh itulah, selesai ‘bersama’, suami tidak patut meninggalkan isteri begitu sahaja sebaliknya lakukan perkara-perkara berikut :

1. Hadiahkan kucupan di dahinya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih

2. Dakap isteri dengan mesra

3. Elakkan dari terus mengalihkan badan ke arah lain sebaliknya kekallah berbaring dalam posisi menghadap isteri.

4. Setelah suasana kembali tenang, ambil kesempatan untuk menasihati isteri mengenai perkara-perkara yang tidak ‘enak’ di mata suami dengan cara yang paling baik

5. Gunakan kain tuala untuk mengelap peluh yang mengalir di dahi isteri. Tindakan sebegini memberi makna bahawa anda sangat prihatin dan sayang padanya

6. Sambil berbicara, belai tubuh isteri dengan penuh kasih sayang.

~MW~

No comments: