♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Tuesday, September 11, 2012

Tidak layak?

 
 
WATAK Ain yang dipegang oleh Nadiyatul Nisaa' Kamaruddin atau nama komersialnya, Nadiya Nisaa menerusi drama bersiri Adam & Hawa ternyata memberikan gemerlapan terhadap peribadi dan kariernya.
Ini kerana siri yang bersiaran di Astro Mustika itu meletakkan aktor popular Aaron Aziz sebagai hero di sisi Nadiya.

Sedangkan kemasyhuran yang dikecapi aktres muda itu dikatakan tidak segah pelakon kelahiran Singapura tersebut.

Selain perihal populariti, rupa paras Nadiya juga dikatakan tidak layak untuk disatukan dengan Aaron. Isu tersebut mula menjadi perbualan segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan pemilihannya.
Apatah lagi, apabila misi pencarian pelakon untuk drama yang diadaptasi daripada novel popular nukilan Aisya Sofea dan terbitan Global Station Sdn. Bhd., itu memakan masa hampir setahun.


Justeru baru-baru ini, Hits mengatur pertemuan dengan pelakon meningkat naik itu untuk merungkai isi hatinya dan menjawab segala kritikan yang dilemparkan ke atas diri wanita berusia 27 tahun itu.

Bengang
~~~~~~~~~~~
Lumrah insani, setiap individu akan terasa hati dan bengang apabila diri dipertikai. Apatah lagi dengan sebab musabab yang tidak munasabah.

Bagaimanapun, sikap dan pandangan skeptikal individu yang disifatkannya sebagai pendek akal itu diterima secara positif demi mengembangkan bakat dalam bidang lakonan yang disertai kira-kira sedekad lalu.
Namun wanita yang sudah bergelar isteri dan ibu itu tidak mudah melenting. Katanya, mungkin individu yang mengkritik itu tidak pernah membaca novel Adam & Hawa.

Ini kerana sekalipun tidak menyatakan bahawa Ain atau Ain Hawani itu adalah seorang yang sangat cantik.
"Watak Hawa digambarkan sebagai seorang gadis lepasan sekolah yang mempunyai gaya sederhana dan raut wajah yang manis.

"Jadi melalui gambaran itu, saya rasakan ia bersesuaian dengan personaliti yang saya miliki. Bukanlah saya nak puji diri sendiri tetapi saya bersyukur kerana dipilih penerbit drama ini sendiri.
"Lagipun, drama 80 episod ini baru sahaja ditayangkan dan saya yakin tidak lama lagi penonton akan menerima lakonan saya sebagai Ain Hawani ," katanya.

Bercerita mengenai watak Hawa atau Ain Hawani dalam drama tersebut, Nadiya mengakui mulanya mengalami kesukaran untuk mencari keserasian sebagai pasangan kekasih kepada Adam Mukhriz lakonan Aaron.

"Ini merupakan lakonan pertama saya di dalam drama bercorak romantik sebegini.
"Memandangkan ini kali pertama saya berpasangan dengan Aaron, jadi saya gunakan kesempatan mengenali Aaron dan watak Adam Mukhriz sewaktu penggambaran tersebut supaya lakonan itu nampak lebih natural," katanya.

Ditanya pendapat peribadinya mengenai Aaron, menurut Nadiya, aktor kacak itu seorang yang komited dengan setiap kerja yang dilakukannya.

"Aaron sangat membantu saya sebenarnya dalam membawakan watak ini. Selebihnya saya sangat mengagumi cara Aaron melalui kehidupan sehariannya.
"Menjadi seorang pelakon, suami, dan ayah nampak begitu mudah buat Aaron. Di mana secara peribadinya dapat saya rasakan dia adalah seorang kuat," katanya.

Mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu, isteri kepada Saiful Razman itu berkata, lakonan sebagai Ain juga memberikan kesan yang berbeza buat kehidupannya.
"Secara realitinya watak Ain sangat berbeza dari saya. Malah, suami saya sendiri terkejut dengan lakonan saya menerusi drama bersiri tersebut.

"Saya mengambil masa selama dua minggu untuk membaca novel tersebut dan melalui pembacaan itu jugalah saya memahami karakter sebenar Ain," katanya.

No comments: