♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Tuesday, December 18, 2012

Valeria bertemu kembar

VALERIA mencetuskan sensasi di Internet dan juga kebimbangan apabila penampilannya menjadikan dirinya anak patung hidup.

Kini dia disertai oleh Dominica, 24, yang nama sebenarnya Olga Oleynik, yang juga memiliki bentuk badan serta imejnya hasil daripada pembedahan kosmetik.


"Kami berkenalan di Internet lima tahun lalu. Kami terkejut dengan persamaan kami, dari segi gaya rambut, mekap. Malah gaya berpakaian kami juga sama. Rakan kami begitu yakin bahawa kami adik beradik," kata Valeria.

Menurutnya, seperti dia, Dominica juga berasal dari bandar Odessa di Ukraine.

"Memang kami adik beradik, tetapi dari segi spiritual saja. Wajah dan gaya hidup kami sama saja," katanya.

Pasangan itu berganding bahu mengadakan ceramah mengenai kerohanian dengan mengenakan bayaran RM250 bagi setiap sesi. Menurut sumber, mereka menggunakan penampilan masing-masing untuk menarik peserta.


"Kami merancang berpindah ke Amerika Syarikat tidak lama lagi. Teman lelaki Dominica menerap di sana dan suami saya merancang memulakan perniagaan di negara itu. Saya tidak akan berasa bosan di luar negara kerana sering dipelawa untuk sesi bergambar dan parti," katanya.

Apabila gambar Valeria mula muncul, terdapat soalan mengenai sama ada dia benar-benar wujud dengan kulit muka yang begitu licin, pinggang yang amat ramping serta bentuk muka yang paling sempurna.

Ada yang menuduh gambar Valeria itu adalah hasil daripada penggunaan teknik PhotoShop.

Model berkenaan menggelar dirinya 'wanita Russia paling terkenal di laman Internet yang digunakan oleh mereka yang berbahasa Russia.'

Aktiviti hariannya termasuk meditasi dan bersenam di jim. Menurutnya, makan malam paling ideal untuknya ialah 'memasak untuk lelaki yang dicintainya.'

No comments: