♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Tuesday, December 18, 2012

Suspek pengganas sah rakyat kita

PUTRAJAYA 17 Dis. - Suspek pengganas yang ditembak mati oleh polis Filipina dalam satu pergelutan di sebuah hotel di bandar Davao Jumaat lalu, disahkan rakyat Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, suspek yang dikenali sebagai Mohd. Noor Fikrie Abd. Kahar itu dikesan memasuki negara tersebut pada April lalu.

“Saya juga mengesahkan lelaki berumur 26 tahun dan berasal dari Melaka itu pernah menganggotai kumpulan militan di sana dan dipercayai mempelajari cara membuat bom di negara itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan ketika kejadian Fikrie bersama isterinya warga Filipina sedang mendaftar keluar dari hotel. Suspek dilaporkan cuba mengambil beg sandang dari isterinya yang mengandungi bom buatan sendiri.


Pihak polis kemudian cuba menahan pasangan itu, bagaimanapun Fikrie mengancam untuk meletupkan bom itu menggunakan telefon bimbitnya hingga menyebabkan polis melepaskan dua das tembakan di dadanya.

Menurut Hishammuddin, pihaknya akan membawa pulang jenazah tersebut ke sini untuk dikebumikan berikutan permintaan ahli keluarga suspek yang memohon bantuan dari kerajaan.

“Saya mengarahkan pihak polis agar segera menguruskan penghantaran pulang jenazah Fikrie untuk dikebumikan," katanya.

Dalam pada itu, ujarnya, kerajaan memandang serius terhadap sebarang kegiatan subversif dan ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan militan atau pengganas.

Menurutnya, ini kerana kegiatan itu mampu menggugat keselamatan dan ketenteraman sesebuah negara.
“Dalam hal ini, kita akan sentiasa bekerjasama erat dengan pihak keselamatan dari negara luar demi memastikan keselamatan negara dan rantau terus terjamin dan terpelihara," katanya.

No comments: