♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Showing posts with label rogol. Show all posts
Showing posts with label rogol. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Remaja pulang sendirian kena rogol dalam semak

Kuala Lumpur: Seorang gadis remaja dirogol selepas ditarik ke dalam semak ketika sedang berjalan bersendirian menuju ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Sri Rampai, lewat malam kelmarin.

Hasil siasatan awal yang dijalankan, polis tidak menolak kemungkinan suspek adalah lelaki sama yang ditahan kerana menunjukkan kemaluan kepada wanita pengguna LRT di stesen sama di sini, September lalu.

Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, mangsa berusia 18 tahun yang bekerja di kafe pusat beli-belah Wangsa Walk, sedang berjalan bersendirian menuju ke stesen berkenaan untuk mengambil tren pulang ke rumahnya di Datuk Keramat.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa, berkata selepas menarik mangsa ke dalam kawasan semak dan jauh dari kawasan laluan pejalan kaki, suspek kemudiannya bertindak agresif merogol mangsa.

“Berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku begitu pantas tanpa disedari oleh orang awam yang berada tidak jauh dari mangsa selepas dia ditarik secara mengejut ke dalam semak sebelum suspek bertindak merogolnya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Suspek lelaki gila seks

Katanya, sejurus kejadian, suspek kemudian melarikan diri sebelum gadis itu ditemui oleh anggota Polis Bantuan stesen LRT dan kemudiannya diserahkan kepada anggota dan pegawai dari Balai Polis Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.

Thursday, November 22, 2012

Dukun ditahan rogol tiga wanita




KUALA LUMPUR – Seorang penjaga sebuah tokong Cina di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya yang mengaku dirinya dukun tergamak merogol tiga wanita yang membantu menjaga rumah ibadat tersebut dalam tiga kejadian berasingan.

Lebih teruk lagi, dukun berusia 50 tahun itu mengugut akan berdoa supaya kesemua mangsa ditimpa musibah jika memberitahu kejadian itu kepada orang lain.

Kesemua mangsa berusia awal 20-an dan mereka dipercayai dirogol dalam tiga kejadian iaitu pada April, September dan minggu lepas.

Kejadian berlaku di rumah suspek yang masih bujang di Kepong dekat sini.

Tindakan keji dukun terbabit bagaimanapun terbongkar apabila seorang daripada mangsa membuat laporan pada 19 November lalu di Balai Polis Sentul.

Laporan itu mendorong pihak polis menahan suspek di hadapan tokong tersebut pada hari yang sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah (gambar) berkata, dukun tersebut dikatakan mendakwa mangsa telah ditimpa musibah dan seterusnya perlu dirawat.

Saturday, November 17, 2012

Tiga polis didakwa merogol

Tiga tertuduh yang didakwa merogol wanita warga Indonesia dibawa keluar dari Mahkamah Butterworth, semalam. - Foto Asman Ibrahim  
Tiga tertuduh yang didakwa merogol wanita warga Indonesia dibawa keluar dari Mahkamah Butterworth, semalam. - Foto Asman Ibrahim
 
Butterworth: Tiga anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas tuduhan merogol seorang wanita Indonesia dan melakukan seks di luar tabii ke atas mangsa, minggu lalu.

Koperal Nik Sin Mat Lazin, 33; Konstabel Remy anak Dana, 25, dan Konstabel Syahiran Romli, 21, menghadapi tuduhan pertama merogol wanita berusia 25 tahun itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai, di sini, antara jam 6.40 pagi hingga 7.30 pagi 9 November lalu.

Mereka didakwa di depan Hakim Nabishah Ibrahim mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


Tuduhan kedua pula menyebut tiga anggota polis itu melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita sama pada tarikh, waktu dan tempat sama.

Bagi tuduhan berkenaan, mereka didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Nik Sin dan Syahiran yang diwakili peguam, Parmjit Singh serta Remy diwakili peguam, S Anthony, mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan. Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Nabishah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM25,000 serta mengarahkan mereka melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan sebelum menetapkan 12 Disember ini untuk mendengar keterangan mangsa. Semua tertuduh membayar ikat jamin berkenaan.

Saturday, September 08, 2012

Remaja Dirogol Bergilir-Gilir


D. Som Sak menunjukkan gambar dua suspek, Musa Shaharum (kanan) dan Mohd. Shahril Kamaruddin untuk membantu siasatan kes rogol seorang remaja pada sidang akhbar di IPD Tapah, Perak, semalam. - BERNAMA 
TAPAH 7 Sept. - Temu janji pertama seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dengan seorang lelaki yang baru tiga hari dikenalinya bertukar mimpi ngeri setelah dia dirogol bergilir-gilir oleh lelaki tersebut bersama dua lagi rakannya di sebuah rumah di Kilometer 52.8 di Kampung Muhibbah di sini.

Pada hari kejadian Isnin lalu, mangsa diajak keluar makan pada pukul 8.30 malam oleh suspek yang dikenalinya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).