Kuala Lumpur: Seorang gadis remaja dirogol selepas ditarik ke
dalam semak ketika sedang berjalan bersendirian menuju ke Stesen Transit
Aliran Ringan (LRT) Taman Sri Rampai, lewat malam kelmarin.
Hasil siasatan awal yang dijalankan, polis tidak menolak kemungkinan suspek adalah lelaki sama yang ditahan kerana menunjukkan kemaluan kepada wanita pengguna LRT di stesen sama di sini, September lalu.
Hasil siasatan awal yang dijalankan, polis tidak menolak kemungkinan suspek adalah lelaki sama yang ditahan kerana menunjukkan kemaluan kepada wanita pengguna LRT di stesen sama di sini, September lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa, berkata selepas menarik mangsa ke dalam kawasan semak dan jauh dari kawasan laluan pejalan kaki, suspek kemudiannya bertindak agresif merogol mangsa.
“Berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku begitu pantas tanpa disedari oleh orang awam yang berada tidak jauh dari mangsa selepas dia ditarik secara mengejut ke dalam semak sebelum suspek bertindak merogolnya,” katanya ketika dihubungi semalam.
Suspek lelaki gila seks
Katanya, sejurus kejadian, suspek kemudian melarikan diri sebelum gadis itu ditemui oleh anggota Polis Bantuan stesen LRT dan kemudiannya diserahkan kepada anggota dan pegawai dari Balai Polis Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.
Polis tidak menolak kemungkinan suspek adalah penduduk di kawasan berhampiran dan seorang lelaki yang dikategorikan sebagai gila seks. bh
No comments:
Post a Comment