♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Tuesday, December 18, 2012

Militan: Polis pantau laman sosial Noor Fikrie

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau laman sosial yang dipercayai merekrut rakyat Malaysia, Mohd. Noor Fikrie Abd. Kahar untuk menjadi anggota kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).

Pengarah Petugas Khas (Operasi dan Counter Terrorism), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya masih menyiasat sejauh mana penglibatan pengikut laman sosial berkenaan dengan JI.

"PDRM bekerjasama dengan agensi-agensi berkenaan dalam mengekang aktiviti militan menggunakan teknologi internet.

"Fokus siasatan ialah siapa lagi yang direkrut seperti Mohd. Noor Fikrie menerusi laman sosial berkenaan, rangkaian lain yang dihubungkan, sejauh mana ia memberi kesan sehingga mengubah ideologi dan pegangan seseorang serta siapa pengendali laman sosial berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam temu bual eksklusif Utusan Malaysia semalam, bapa anggota militan itu, Abd. Kahar Sirun, 53, mendakwa anaknya dipergunakan JI sehingga sanggup mati dengan cara salah.

Mohd. Noor Fikrie, 26, dikesan bertukar ekstrem dengan perjuangan kumpulan itu selepas kecewa dalam perkahwinannya dengan seorang gadis tempatan yang berakhir perceraian dua tahun lalu, sebelum terpengaruh dengan laman sosial berunsur jihad militan.


Menurut Mohamad Fuzi, usaha untuk mengekang kegiatan rekrut militan menggunakan internet merupakan satu cabaran kerana sesiapa sahaja boleh mencapai maklumat tanpa sempadan.

"Lebih 5,000 laman sosial yang berunsur keganasan militan dikesan setakat ini dan apa ia tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Hari ini kita tutup, esok 'dia' buka.

"Siasatan mendapati banyak laman sosial berkenaan dikendali dari luar negara menggunakan alamat protokol internet (IP) negara ini," katanya.

Bagaimanapun, jelas beliau, keadaan terkawal cuma ibu bapa khususnya perlu memantau serta mengambil langkah berjaga-jaga berhubung aktiviti anak-anak dengan internet.

Dalam pada itu, menurut sumber, Mohd. Noor Fikrie direkrut oleh pemimpin KMM (Kumpulan Militan Malaysia) rakyat Malaysia, Zulkifli Khir atau lebih dikenali sebagai Marwan dan anggota JI, Muawiyah, rakyat Singapura yang dikatakan masih bersembunyi di Selatan Filipina. um

No comments: