♥ ♥ ♥ SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA ~ BIDADARI SUTERA ~ BS ♥ ♥ ♥ MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP ♥ ♥ ♥ SELAMAT TINGGAL ♥ ♥ ♥ TERIMA KASIH ♥ ♥ ♥

Pages

Saturday, December 15, 2012

Menteri Luar Israel didesak letak jawatan

BAITULMAQDIS: Menteri Luar Israel didakwa kelmarin atas tuduhan pecah amanah kerana tindakannya menjejaskan siasatan jenayah terhadap urusan perniagaannya.

Ketika Avigdor Lieberman terlepas daripada tuduhan lebih serius, pendakwaan itu menyebabkan pihak lain mendesaknya meletak jawatan.

Lieberman enggan berbuat demikian dan memberitahu sidang media beliau akan berunding dengan peguam mengenai langkah selanjutnya.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyokong sekutu rapatnya itu.

Lieberman menafikan sebarang salah laku dan menyifatkan siasatan bermotif politik.

“Menurut peguam, saya tidak perlu letak jawatan. Saya akan buat keputusan muktamad bersama peguam saya,” kata Lieberman.

Pendakwa raya sudah lama mengesyaki Lieberman menerima berjuta-juta dolar secara haram daripada ahli perniagaan dan menyalurkan wang itu dalam syarikat di Eropah Timur ketika beliau mula berpolitik hingga menjadi menteri Kabinet.

Sebaliknya, Lieberman dituduh atas kesalahan menerima dokumen rasmi siasatan ke atasnya daripada bekas duta Israel ke Belarus, Zeev Ben-Aryeh. AP

No comments: